Penaja

Sunday, May 13, 2012

10
Komen
UPSI Naib Johan Karnival Hoki Masum Divisyen 2

Assalamualaikum peminat aku yang kacak dan cantik semua..

Lama benar aku tak update blog ni kan. Pasti ada yang rindu untuk baca penulisan aku yang tak best ni. Yela asyik baca penulisan dari blog best je kadang-kadang nak jugak baca penulisan blog yang tak best kan. Lepas tu boleh la nak kutuk-kutuk cakap blog tak best pun nak update tak malu punya orang. Mesti korang pernah buat camtu. Kan kan kan?? Takpe la taknak ngaku pun tuhan tahu tau. ngeh ngeh ngeh

Ok malas nak merepek banyak nanti lagi banyak korang kutuk aku. Aku kalau kena kutuk muka jadi makin kacak tu yang aku malas tu. Ramai pulak yang ngorat nanti kan. ekekeke

Baiklah aku akan teruskan objektif utama aku update blog ni pasal team hoki aku iaitu UPSI telah menjadi naib johan Kejohanan Karnival Hoki Masum Divisyen 2, minggu lepas. Baru minggu lepas rasa suasana final kat USM, Pulau Pinang. Serius aku rindu kenangan kat USM bersama rakan sepasukan dan kengkawan USM sepanjang berada kat sana hari tu. Kali pertama aku rasa kejayaan macam ni. Tahun lepas kami masuk jugak kejohanan yang sama tapi terkandas diperingkat kumpulan. Alhamdulillah tahun ni rezeki kami masuk final walaupun takde rezeki jadi johan tapi kami puas hati sebab kami dah cuba yang terbaik kan. Tahniah untuk pasukan hoki UTM yang telah menjuarai kejohanan tersebut ye. :)

Berikut keputusan perjalanan pasukan kami sehingga ke final:

Peringkat Kumpulan
UPSI vs UIA = 2-1
UPSI vs UUM = 8-0
UPSI vs UNISZA = 2-0
UPSI vs UKM = 5-0

Separuh akhir
UPSI vs UTHM = 2-0

Akhir
UPSI vs UTM = 1-2

Sepanjang enam perlawanan pasukan UPSI hanya bolos 3 gol dan aku hanya bolos 1 gol satu-satunya di peringkat akhir dan lagi dua dibolosi oleh sahabat sepenjaga gol dengan aku. Untuk pengetahuan aku main semua game tapi hanya bermain separuh masa setiap perlawanan dan bertukar dengan penjaga gol yang seorang lagi. 1 pencapaian yang sangat aku banggakan. Boleh jadi 1 pengalaman manis buat aku di hari tua kelak. hehe

Cukuplah rumusan aku pasal game ni. Sekarang aku nak kongsikan gambar buat tatapan peminat aku yang rindukan aku ye. keh keh keh

Ni gambar aku dengan piala dan pingat. 

Ni aku dengan team. Cuba teka mana aku? ngeh ngeh ngeh

Ni aku dengan suit keeper. Sape cakap macam robocorp ke transformers aku sepak korang. keh keh keh

Yang ni pulak abang daud driver bas kitorang siap tolong potong oren lagi untuk kitorang. memang sporting abis la. abang daud pun ada fanpage tau. tak caye klik ni PAGE ABANG DAUD

Ok setakat ini sahajalah update aku hari ni. Tak tau bila lagi nak update kan. Ada 1 lagi post kat draft dari bulan lepas lagi aku tak post. Malas nak post rasanya. huuuu


*Selamat hari ibu buat emak aku Fatimah Binti Said.
**Selamat hari guru buat semua guru diseluruh dunia khususnya buat guru yang pernah ajar aku.

Thursday, January 05, 2012

13
Komen
Cara Mengakses Laman Web Yang Telah Di Blok

Assalamualaikum dan salam kacak semua..

Selamat tahun baru semua!! ha ni first post aku untuk tahun baru ni. baru 5 Januari hari ni kan jadi takde la terlambat sangat untuk aku ucapkan selamat tahun baru.

Tahun baru ni mesti ramai yang pasang azam baru kan. ada yang nak beli baju baru la sebab kawan-kawan dah bosan tengok korang pakai baju sama sampai seminggu 3 kali pakai baju tu je. kawan-kawan pulak pegi tegur tanya korang ni dah takde baju lain ke nak pakai kan(ni takde kena mengena dengan aku jangan cakap aku ada pengalaman pulak). HAHA

Ok cukup dengan tahun baru aku nak teruskan dengan niat utama aku update blog ni. aku nak kongsikan kat korang software untuk membolehkan kita mengakses yang telah di blok oleh universiti, pejabat tanah, tadika chumi chiki, klinik desa, sekolah pondok ataupun apa-apa jenis agensi baik kerajaan mahupun swasta. kat sini aku nak kongsikan link untuk software tu ye.


Ok korang download je ye kat link yang aku bagi kat atas ni. lepas dah download korang boleh install macam biasa dan pastikan korang pangkah segala browser internet semasa proses install berlaku kerana install takkan berlaku jika korang punya browser tu tak dipangkah.

Apabila dah siap install software tu korang boleh la klik kat software tu dan tekan connect. setelah itu anda sudah boleh mengakses kepada laman web yang anda hendak layari tu. aku harap korang bukan download benda ni sebab nak tengok laman web LUCAH ye. berdosa aku nanti sebab aku bagi ilmu pasal ni tau. ciss sungguh perangai korang kalau buat camtu. aku sepak sorang-sorang nanti. grrr(garang).

Aku baru nak abiskan entri ni ada pulak yang tanya macam mana nak guna bila dah siap install. ok la aku sediakan gambar untuk yang ni ye.


korang tekan butang start pastu klik kat software yang dah install tu.

lepas korang klik tadi korang akan dibawa ke sini dan terus klik connect.

Ha mudah kan cara dia. tapi aku nak bagitau bila korang guna software ni dia akan jadi berat sikit bila nak akses ni. tapi takpe la kan janji dapat akses apa yang korang hajatkan tu. bila dah malas nak akses laman web yang kena blok tu korang disconnect la balik. mudah je. kalau tak faham sila tanya kat komen ye. kalau nak berterima kasih belanja aku pun takpe. ok selamat beramal ye semua. :)


*fb dengan utube kat UPSI boleh bukak dari 7a.m-7p.m je pastu kena blok.
**ni semua jadi lepas demonstrasi Adam Adli hari tu tak tau la ada kena mengena ke tak.
***aku tengah final sekarang doakan kejayaan aku ye. :)



Thursday, December 22, 2011

11
Komen
Wanita dan Beg Duit

Assalamualaikum semua si kacak dan si cantek...

Akhirnya terbuka kembali pintu hati suci aku untuk update blog setelah beberapa lama. Aku tahu kerinduan korang untuk membaca entri baru dari aku sangat membuak-buak sehingga melimpah-ruah dan tak dapat dibendung lagi. Demi sebuah pengorbanan aku korbankan sedikit masa untuk update blog ni untuk menjernihkan kembali perasaan gelora dalam diri korang tu...

Ok cukup mukaddimah yang mengarut. Abaikan ayat di atas kalau korang dah baca terima kasih diucapkan ternyata korang semua memang merindui entri baru dari aku. HAHA

Bagi entri terbaru aku ni, aku update atas dasar keprihatinan aku terhadap golongan wanita yang amatlah aku ambil berat perihal mereka. Aku sebagai lelaki yang bertanggungjawab haruslah melindungi seorang insan yang bergelar wanita kan. Walaupun takde awek atau isteri, aku masih ada tanggungjawab terhadap wanita iaitu ibu dan kakak-kakak cantekku. #lama tak update ayat aku makin skema rasanya.

Justeru itu, entri ini khas untuk mengingatkan golongan wanita. Aku harap semua wanita luar sana sila amik perhatian ye. 























Ha amacam faham tak lukisan aku kat atas ni?? Apa? Buruk!! Ok aku tak kisah sebab aku tau aku takde bakat lukisan tapi aku buat ni untuk bagi korang lebih faham je. Wanita bila nak shopping memang takkan ingat ape dah. Jadi aku nak ingatkan para wanita agar lebih berhati-hati dalam memegang dompet tu. Aku perhatikan kebanyakan wanita selamba je pegang dompet kat sisi. Risiko kena curi tu sangat tinggi ye sayang-sayang semua.

Entri ni bukan untuk wanita semata-mata ye. Entri ni jua untuk lelaki, sila amik perhatian laki di luar sana. Nasihatkan awek, isteri pertama, isteri kedua, isteri ketiga, isteri keempat, skandel, mak, akak, mak sedara, sepupu atau jiran yang berhampiran dengan rumah anda supaya berhati-hati. Gejala jenayah dapat dikurangkan bermula dari kesedaran diri kita sendiri. Pesanan keselamatan ini khas untuk anda dari Blog Si Kacak.



*ok UPSI sekarang dah makin femes sebab ada Adam Adli(ok takde kaitan)
**birthday aku 27/12 minggu depan sila bagi hadiah ye tapi jangan nyanyi lagu birthday kat aku sebab aku malu bila orang nyanyi kat aku. HAHA
***tak pasti bila akan update, sila menunggu lagi ye. :)


Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger