Penaja

Sunday, May 13, 2012

10
Komen
UPSI Naib Johan Karnival Hoki Masum Divisyen 2

Assalamualaikum peminat aku yang kacak dan cantik semua..

Lama benar aku tak update blog ni kan. Pasti ada yang rindu untuk baca penulisan aku yang tak best ni. Yela asyik baca penulisan dari blog best je kadang-kadang nak jugak baca penulisan blog yang tak best kan. Lepas tu boleh la nak kutuk-kutuk cakap blog tak best pun nak update tak malu punya orang. Mesti korang pernah buat camtu. Kan kan kan?? Takpe la taknak ngaku pun tuhan tahu tau. ngeh ngeh ngeh

Ok malas nak merepek banyak nanti lagi banyak korang kutuk aku. Aku kalau kena kutuk muka jadi makin kacak tu yang aku malas tu. Ramai pulak yang ngorat nanti kan. ekekeke

Baiklah aku akan teruskan objektif utama aku update blog ni pasal team hoki aku iaitu UPSI telah menjadi naib johan Kejohanan Karnival Hoki Masum Divisyen 2, minggu lepas. Baru minggu lepas rasa suasana final kat USM, Pulau Pinang. Serius aku rindu kenangan kat USM bersama rakan sepasukan dan kengkawan USM sepanjang berada kat sana hari tu. Kali pertama aku rasa kejayaan macam ni. Tahun lepas kami masuk jugak kejohanan yang sama tapi terkandas diperingkat kumpulan. Alhamdulillah tahun ni rezeki kami masuk final walaupun takde rezeki jadi johan tapi kami puas hati sebab kami dah cuba yang terbaik kan. Tahniah untuk pasukan hoki UTM yang telah menjuarai kejohanan tersebut ye. :)

Berikut keputusan perjalanan pasukan kami sehingga ke final:

Peringkat Kumpulan
UPSI vs UIA = 2-1
UPSI vs UUM = 8-0
UPSI vs UNISZA = 2-0
UPSI vs UKM = 5-0

Separuh akhir
UPSI vs UTHM = 2-0

Akhir
UPSI vs UTM = 1-2

Sepanjang enam perlawanan pasukan UPSI hanya bolos 3 gol dan aku hanya bolos 1 gol satu-satunya di peringkat akhir dan lagi dua dibolosi oleh sahabat sepenjaga gol dengan aku. Untuk pengetahuan aku main semua game tapi hanya bermain separuh masa setiap perlawanan dan bertukar dengan penjaga gol yang seorang lagi. 1 pencapaian yang sangat aku banggakan. Boleh jadi 1 pengalaman manis buat aku di hari tua kelak. hehe

Cukuplah rumusan aku pasal game ni. Sekarang aku nak kongsikan gambar buat tatapan peminat aku yang rindukan aku ye. keh keh keh

Ni gambar aku dengan piala dan pingat. 

Ni aku dengan team. Cuba teka mana aku? ngeh ngeh ngeh

Ni aku dengan suit keeper. Sape cakap macam robocorp ke transformers aku sepak korang. keh keh keh

Yang ni pulak abang daud driver bas kitorang siap tolong potong oren lagi untuk kitorang. memang sporting abis la. abang daud pun ada fanpage tau. tak caye klik ni PAGE ABANG DAUD

Ok setakat ini sahajalah update aku hari ni. Tak tau bila lagi nak update kan. Ada 1 lagi post kat draft dari bulan lepas lagi aku tak post. Malas nak post rasanya. huuuu


*Selamat hari ibu buat emak aku Fatimah Binti Said.
**Selamat hari guru buat semua guru diseluruh dunia khususnya buat guru yang pernah ajar aku.

10 puji si kacak:

Syakir Rahman said... [Reply to comment]

wah...terbaek...tahniah ^___^

Mata Jahirah said... [Reply to comment]

tahniah.....ea ada clasmate aq... hiii...

_aLiaHwaFa_ said... [Reply to comment]

congratulations. hihi.

ir yien 9897 said... [Reply to comment]

wau hebat..
alamak Upm tak tersenarai.. malu nyer....hehehe

hazirah kasimon said... [Reply to comment]

alamak pian. xpe la lau org ckp robocop ke pe ke, haha nmpk cm tufffff :DDDD

Anonymous said... [Reply to comment]

hebat

Najiha mohd salleh said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
G-ha said... [Reply to comment]

Tompang lalu jap.. mase tgh google pasal karnival hoki MASUM, terjumpe blog nie.. So, mintak kebenaran tok bace la ae.. Btw, congrates UPSI..

*psstt: UMT x menang pown.. T_T

SayAdalahAku said... [Reply to comment]

thniah si kacak..eh knl x?follow me ok..kih3

Sue Unnie.. said... [Reply to comment]

ohh.. tertipu ngan word kacak =.=

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger