Penaja

Thursday, December 22, 2011

11
Komen
Wanita dan Beg Duit

Assalamualaikum semua si kacak dan si cantek...

Akhirnya terbuka kembali pintu hati suci aku untuk update blog setelah beberapa lama. Aku tahu kerinduan korang untuk membaca entri baru dari aku sangat membuak-buak sehingga melimpah-ruah dan tak dapat dibendung lagi. Demi sebuah pengorbanan aku korbankan sedikit masa untuk update blog ni untuk menjernihkan kembali perasaan gelora dalam diri korang tu...

Ok cukup mukaddimah yang mengarut. Abaikan ayat di atas kalau korang dah baca terima kasih diucapkan ternyata korang semua memang merindui entri baru dari aku. HAHA

Bagi entri terbaru aku ni, aku update atas dasar keprihatinan aku terhadap golongan wanita yang amatlah aku ambil berat perihal mereka. Aku sebagai lelaki yang bertanggungjawab haruslah melindungi seorang insan yang bergelar wanita kan. Walaupun takde awek atau isteri, aku masih ada tanggungjawab terhadap wanita iaitu ibu dan kakak-kakak cantekku. #lama tak update ayat aku makin skema rasanya.

Justeru itu, entri ini khas untuk mengingatkan golongan wanita. Aku harap semua wanita luar sana sila amik perhatian ye. 























Ha amacam faham tak lukisan aku kat atas ni?? Apa? Buruk!! Ok aku tak kisah sebab aku tau aku takde bakat lukisan tapi aku buat ni untuk bagi korang lebih faham je. Wanita bila nak shopping memang takkan ingat ape dah. Jadi aku nak ingatkan para wanita agar lebih berhati-hati dalam memegang dompet tu. Aku perhatikan kebanyakan wanita selamba je pegang dompet kat sisi. Risiko kena curi tu sangat tinggi ye sayang-sayang semua.

Entri ni bukan untuk wanita semata-mata ye. Entri ni jua untuk lelaki, sila amik perhatian laki di luar sana. Nasihatkan awek, isteri pertama, isteri kedua, isteri ketiga, isteri keempat, skandel, mak, akak, mak sedara, sepupu atau jiran yang berhampiran dengan rumah anda supaya berhati-hati. Gejala jenayah dapat dikurangkan bermula dari kesedaran diri kita sendiri. Pesanan keselamatan ini khas untuk anda dari Blog Si Kacak.



*ok UPSI sekarang dah makin femes sebab ada Adam Adli(ok takde kaitan)
**birthday aku 27/12 minggu depan sila bagi hadiah ye tapi jangan nyanyi lagu birthday kat aku sebab aku malu bila orang nyanyi kat aku. HAHA
***tak pasti bila akan update, sila menunggu lagi ye. :)


11 puji si kacak:

ainol akasyah said... [Reply to comment]

haha mcm takde bende lain nak beli kan..spender jugak jadi pilihan..ape2 pun jgn careless time nak g shopping uh..jgn dok tayang2 purse celah ketiak :)

Zahirah Dzulkifli said... [Reply to comment]

haha. sangat lawak tapi itu memang realiti

iman salsabila said... [Reply to comment]

lain kali bwak msuk dompet dlm beg lps tu silangkan. ssh skit nk kna ragut. huhu

missxidi said... [Reply to comment]

malu ke kalo org nyanyi hepi besday? hihihi...
bagus pesanan awak ni kan...ragut menjadi2 skrg!

smilenajah93 said... [Reply to comment]

berhati2lah wanita ~

Rosalia said... [Reply to comment]

jht giler pencuri dia nk beli spender pn tak dpt.hahah bgs2 peringatan utk kaum wanita

Anonymous said... [Reply to comment]

aku pun selalu macamtu. pastu kena marah dengan kawan-kawan. huuu.

nurul diana said... [Reply to comment]

hahaha x de dompet , kehkeh , bg nombor phone , nnt yana telefon nyanyi kuat2 smpai pekak tlinga hahaha

Anonymous said... [Reply to comment]

sanah helwah.:)

Miss Newnoo said... [Reply to comment]

hepy besday senior ku !! hehehe :p

Farahin Ahmad said... [Reply to comment]

eh kesian tak dapat beli spende baru.kahkah #padan muke

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger