Penaja

Tuesday, October 11, 2011

9
Komen
Coretan Buat Bonda

Assalamualaikum buat pembaca kacak dan cantek semua....

Dah terlalu lama kan aku tak update blog?? ada yang rindu tak kat blog si kacak ni?? kalau ada memang seronok la aku dengar ni. korang semua sihat tak?? aku harap sepanjang aku tak update blog ni korang dalam keadaan sihat sentiasa je ye. 

Lama tak update blog ni buat aku jadi blur sikit masa nak update new post ni macam susah je nak buat ayat kan. takut pulak buat ayat tak best nanti takde orang nak baca pulak kan. tapi aku cuba yang terbaik la ye. aku takde nak bagi tips apa pun untuk entri kali ni cuma luahan seorang anak kepada ibunya sahaja. semalam birthday mak aku untuk pengetahuan korang semua tapi tak dapat update semalam sebab server wifi kat U aku down semalam. untuk tidak membuang masa lagi aku teruskan dengan tajuk entri aku iaitu Coretan Buat Bonda.

ni mak aku Puan Fatimah

Duhai Bondaku,

Saat tibanya tarikh 10/10/2011 maka genaplah umur bonda 49 tahun. sepanjang 22 tahun anakanda di bawah penjagaan bonda terlalu banyak pengorbanan yang telah bonda lakukan dalam membesarkan anakanda. perit-jerih bonda dalam membesarkan anakanda yang sangat nakal ini merupakan suatu cabaran yang besar buat bonda dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. anakanda rasa tiada suatu perkara pun yang anakanda lakukan tanpa menyusahkan bonda. anakanda rasa seperti beban dalam kehidupan bonda semata-mata.

Namun begitu, walau apapun yang anakanda katakan bonda pasti akan menidakkan dan mengatakan bahawa semua ini tidak sekali-kali pun menyusahkan diri bonda. sesungguhnya bagi bonda anak adalah merupakan suatu rezeki yang diberikan oleh Allah yang perlu bonda jaga dan tatang ibarat jiwa bonda sendiri. 

Hasil kesabaran bonda dalam membesarkan anakanda yang nakal pada waktu kecil ini insyaAllah berbaloi kerana anakanda kini sudahpun melanjutkan pelajaran di universiti. anakanda pasti takkan sia-siakan kehidupan di universiti ini sebagai tempat mencari jodoh dan berseronok semata-mata. 

Anakanda akan mencuba yang terbaik dengan mendapatkan segulung ijazah dengan keputusan yang terbaik pada hari konvokesyen nanti. anakanda mahukan bonda tersenyum lebar di saat anakanda naik ke pentas menerima skrol ijazah itu. anakanda menginginkan tangisan kegembiraan dari seorang ibu bukanlah tangisan kekecewaan akibat daripada kegagalan seorang anak yang tidak memanfaatkan kehidupannya.

Anakanda berharap semoga umur bonda dipanjangkan agar dapat anakanda menghadiahkan sebuah kejayaan kepada bonda walaupun anakanda tahu bahawa kejayaan itu hanyalah sebesar kuman jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan bonda yang seluas lautan  yang terbentang.

Anakanda berdoa semoga anakanda tidak menjadi anak yang lupa diri dan sentiasa mengingati jasa kedua orang tuanya. anakanda sangat berharap anakanda dapat menjaga bonda sehingga ke akhir hayat anakanda. anakanda bersyukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan seorang ibu seperti bonda. terima kasih bonda kerana berkongsi kasih sayang dan bersabar dalam membesarkan anakanda.

anakandamu,
Sufian.

*selamat hari lahir mak. :)
**tacing sikit masa buat entri ni. sob3 :'(
***terima kasih kepada sesiapa yang masih datang blog aku walaupun tak update. :)

9 puji si kacak:

IFA Athirah said... [Reply to comment]

ak sihat!!!

tomatokering :) said... [Reply to comment]

sobsob .. cayokkk cikgu ! kirim salam kat emak mertua ku .. larikkkkkk :P

budakijaupendek said... [Reply to comment]

semoga mak anda sihat dan dipanjangkan umur ^^

dAk_kEcik said... [Reply to comment]

Selamat Hari Lahir makcik...
moga pjg umur & murah rezeki...

teha said... [Reply to comment]

hargai laa ibu msg2 :)

Sharmimi said... [Reply to comment]

comel je buat entry pasal ur mom. suke3 :) nice entry. salam buat Puan Fatimah (: hihi

Anonymous said... [Reply to comment]

bila nak update blog weyhhhhhhhhhhh??

Anonymous said... [Reply to comment]

mak,selamat hari lahir....! hahaha...

Fatanah Rahman said... [Reply to comment]

waahhhh,baru ak tau, U 2 tempat cari jodoh rupenye..... haha

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger