Penaja

Wednesday, August 17, 2011

12
Komen
Suatu Ketika Dahulu Part 2

Assalamualaikum semua...

Sambungan dari part 1 yang telah lama aku tinggalkan. sapa-sapa yang tak baca lagi <KLIK SINI>.

Lumba basikal merupakan aktiviti pembukaan aku lepas habis sekolah. lepas tu aku akan ke rumah kawan aku untuk menghabiskan masa di sana bermain game tape yang sangat popular pada zaman tersebut. buat pengetahuan semua mak dan ayah kawan aku tu merupakan guru jadi kami buat rumah tu ibarat rumah bujang walaupun usia baru mencecah 6 tahun. 

Keadaan aku yang kerap pulang lewat dari TASKI mengundang syak wasangka dalam pemikiran Puan Fatimah atau lebih mudah dikenali sebagai emak aku. akhirnya kegiatan aku tu dapat dihidu oleh emak aku dan aku diheret pulang ke rumah sambil telinga dipiat-piat oleh emak aku. aku cuba memberontak tapi apalah sangat kudrat anak kecil yang berusia 6 tahun ni mampu lakukan kan. aku pun pasrah dalam esakan tangisan manja yang tak manja sangat kerana diselangi dengan jeritan tak puas hati. protes yang aku tunjukkan sedikit pun tak diendahkan oleh emakku. hasilnya aku dikurung sehinggalah waktu petang baru dapat keluar rumah untuk bermain bersama teman sepermainan.

Oppss sebelum aku terlupa semasa aku di TASKI barulah aku mendapat seorang adik. aku mula mendapat gelaran abang dan tiada lagi gelaran "Dik Yan" yang aku pikul selama beberapa tahun sebelum tu. aku rasa menjadi abang juga menjadi punca utama aku makin nakal pada zaman kecil dahulu kerana mungkin merasa cemburu kerana semua lebih menumpukan perhatian kepada adik aku berbanding aku yang tak kurang comelnya ini. 

ni gambar aku yang kacak sewaktu berusia 6 tahun bersama adik yang tak berapa nak disayangi masa ni.

Walaupun ada perasaan cemburu terhadap adik aku tapi aku tetap menyayangi adik sendiri seperti abang-abang yang lain. buktinya aku selalu mencubit-cubit pipi adik aku tu dengan cubitan manja sehingga adik aku menggeletek ketawa walaupun aku tak tau apa yang lawak sangat tapi aku merasakan mungkin dia suka diperlakukan begitu. sejak kehadiran adik aku dalam keluarga kami aku ada 1 tabiat yang pelik iaitu sangat suka mengusik cuping telinga adik aku. aku pun tak tau apa yang best tapi menjadi tabiat sehinggalah aku dewasa. sekarang ni pun kadang-kadang aku boleh terusik cuping telinga dia. pelik sungguh tabiat aku ni sampai sekarang pun aku masih tak faham.

Semasa kecil dulu macam mana sekali dihukum keesokan harinya pasti akan terlupa dan perkara sama pasti akan berlaku. Bermulalah episod kehidupan aku disekolah rendah. semasa zaman sekolah rendah......

*bersambung minggu depan ye. hehe
**jangan lupa like page aku kat tepi ni ye. :)

12 puji si kacak:

Hans said... [Reply to comment]

ko suka main cuping telinga adik ko?
hahahahaha
pelik2 juga ko kan
ekekekekek

syrupmasin said... [Reply to comment]

haha..asal muke kau sedeh doe dlm gmbar nih?? :D

hazirah kasimon said... [Reply to comment]

umba beskal tu ak wat time menengah rendah XD hahaha..tah pape tah

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Hans
tu la pasal. aku pun rasa aku ni pelik jugak. haha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@syrupmasin
entah la. sedih sebab kena tangkap gambar dgn adik aku kot. haha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@hazirah kasimon
sekolah menengah kan aku dok asrama dah. tak dapat la nak lumba basikal dah. haha

tomatokering :) said... [Reply to comment]

kahkahkahkah oke den nak gelak terbahak . ekau ada satu tebiat lg iaitu korek idong org . ;p

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@tomatokering :)
haha. korek hidung ekau yo pun tu. org lain punyo hidung den tak korek. :P

syrupmasin said... [Reply to comment]

haha..habis kau nk sorg2 je la dlm gmbr tuh?? haha

fiq. said... [Reply to comment]

comelnye adek kau, tak macam kau!

perangai kau ni same , seiras ngn abang aku yg maha jelous ngn aku.hu...nyampah le spesis ni

huhuhu

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@syrupmasin
sorang2 la best. boleh buat profile picture kat fb. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@fiq.
ni kecik2 dulu la. sekarang dah besar jadi bestfriend kot. hehe

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger