Penaja

Tuesday, August 02, 2011

34
Komen
Moreh ooo Moreh..

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua..

Di saat entri di taip kita dah masuk hari kedua berpuasa. Ada tak yang tak penuh puasa dalam dua hari ni?? ish3 apesal tak penuh pulak ni?? kalau ada alasan yang dibolehkan tak puasa takpe la ye. tapi jangan saje2 nak ponteng pulak tak baik punyeee tu. hehe

contoh moreh. sumber : sini

Tanpa berceloteh dengan lebih panjang aku pun nak meneruskan dengan tajuk entri aku iaitu MOREH. ha korang pernah dengar tak perkataan moreh ni?? ape?? tak pernah dengar!! korang baru balik malaysia ke ape ni sampai tak pernah dengar pasal moreh. 

Takpe la kalau korang tak tau kan. meh sini aku nak cerita sikit pasal moreh supaya korang tau ape tu moreh. moreh ni aku rasa la kan amalan memberi makanan kepada orang yang datang solat tarawikh ni. kira macam sedekah jugak la. aku pun kurang pasti sebab takde dalam kamus dewan pulak definisi dia ni. kebiasaannya makanan yang diberikan masa moreh ni disumbangkan oleh masyarakat setempat yang datang solat tarawikh kat satu2 tempat tu. tapi ni adalah budaya masyarakat melayu sahaja kat Mekah korang tak jumpa kot amalan ni. rasanya korang dah faham pasal maksud moreh ni kan.

Sekarang nak cerita pengalaman pulak. moreh ni antara benda yang aku paling suka dalam bulan ramadhan ni masa kecik-kecik dulu la. sebab masa moreh boleh la nak rasa makan benda yang aku tak rasa lagi masa berbuka sebelum tu. aku dulu kecik-kecik agak-agak solat tarawikh dalam 4 rakaat ke lepas tu pergilah kat dapur surau tu konon-konon nak tolong susun kuih-muih masuk dalam pinggan untuk moreh nanti. masa susun ni aku amiklah sedikit kesempatan merasa kuih-muih yang semacam menarik pandangan mata aku. tu la untungnya tolong susun ni dapat rasa dulu kuih-muih ni.

Lepas je habis orang solat witir para jemaah pun akan pergi ke luar surau untuk menikmati hidangan moreh yang disediakan. untuk kanak-kanak yang solat tak cukup ni mestilah segan kan dan bagi laluan kat geng-geng bapak dan mak untuk makan dulu. lalu tinggallah kuih-muih yang kurang femes dan rasa yang tak digemari ramai je. terpaksalah nak tak nak makan jugak kan. yela dah orang pun bagi makan free je bukannya bayar pun kan. aku yang tolong susun merasa bertuahlah sebab dah rasa dulu mana yang sedap-sedap tu. padan muka kat budak-budak lain yang sibuk main kejar-kejar kat belakang surau tu je. haha

Kat surau tempat aku dia buat sistem giliran untuk menyumbangkan makanan untuk moreh ni. sistem giliran ni ikut nombor rumah bagi orang sekitar surau tu la. jadi takdelah nanti orang yang sama je yang bagi makanan untuk moreh. keadilan terjamin dan pahala pun dikongsi sebab masing-masing dapat peluang bersedekah kan.

ni contoh jadual giliran. sumber : sini

Ha ni je la yang aku boleh kongsikan pasal moreh. korang macam mana pulak?? tempat korang ada moreh tak?? hehe

*hari kedua puasa macam pencapaian korang??

34 puji si kacak:

AesyaZealous said... [Reply to comment]

moreh tmpat aku budak2 yg makan T.T

Hans said... [Reply to comment]

mesti la ada
:-)

c!k bung@ rose said... [Reply to comment]

besanya stiap msjid akn bt m0reh...sma jgk kt tmpat sy....

anamizu said... [Reply to comment]

tmpt cik ana pon ade gak moreh..
siap ade jadual gak..hehe

slmt berpuase encik kacak :)

yunZ said... [Reply to comment]

paklong aku wat moreh bubur lambok..sedap wehh.nak ?

Awan Biru said... [Reply to comment]

Syukur Alhamdulillah. Semangat puasa masih tinggi lagi. Semoga momentum ini dapat diteruskan.

Awan tak makan. Terus balik rumah.

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@AesyaZealous
tempat aku budak2 kena hormat org tua. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Hans
moreh tempat kau best tak?? hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@c!k bung@ rose
tapi ada jugak tempat yg takde sekarang ni. lebih2 lagi kawasan bandar la.

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@anamizu
sama la tempat kita macam tu kan. hehe

selamat berpuasa jugak cik ana. :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@yunZ
jangan cakap je wei. meh la hantar kat sini. haha

Kamarul Azri™ said... [Reply to comment]

kalau duduk di pekan ke kampung best ni... :) semalam KA pergi tak dapat apa pun :(

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Awan Biru
harap2 momentum ni sampai akhir ramadhan la ye. :)

sama jugak sekarang ni tak makan dah terus balik rumah je. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Kamarul Azri™
ala jgn sedih ye. KA dok kat bandar ke??

aDisH.sHidA said... [Reply to comment]

teringat dulu2...skrg ni dah x bape nak ada sgt dah moreh nie..

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@aDisH.sHidA
ha tu la. skrg ni surau yg ada org2 tua lagi je yg buat moreh ni. kalau x memang x de la.

Hans said... [Reply to comment]

tak ada lagi pun
malam nih tak tau la ada ker tak
selalu dia bagi nasi
macam2 nasi penah dapat

dayahremlee . achik . :) said... [Reply to comment]

amboi2 .. cte la sal pahala terawih =p hihi ...

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Hans
owh yeke. untungla dapat nasi. boleh buat sahur. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@dayahremlee . achik . :)
adeh. terasa macam ada batu jatuh atas kepala je ni. haha

Roti Telur said... [Reply to comment]

dulu pergi terawikh,nak moreh ni je , kehkeh..

http://asyrafasnawi.com/

syarifahsidrus said... [Reply to comment]

tak pernah join moreh, kat asrama dulu je..hehe,lepas terawikh balik terus..huhu

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Roti Telur
hehe. sekarang kejar moreh lagi tak??

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@syarifahsidrus
ooo. join la. boleh main rebut2 kuih. hehe

SyazwanSarawak said... [Reply to comment]

aku berbuka puasa dengan moreh tadi =D

tomatokering :) said... [Reply to comment]

hahahha takleh blah g dapur buat2 tolong ye ;p

Hans said... [Reply to comment]

tak ada maknanya buat sahur
dapat je balik umah terus ngap
hahahahaha

ain fathihah said... [Reply to comment]

bestnya

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@SyazwanSarawak
owh yeke. untunglaa. haha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@tomatokering :)
kena la rajin kalau nak dapat makan dulu kan. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Hans
haha. kau memang kuat makan la. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@ain fathihah
jom la join sekali. hehe

fiq. said... [Reply to comment]

dapat moreh bihun sup best ouh!hahaha,,btw nak share , memberi makanan untuk golongan yang mahuu berbuka puasa ada fadhilat yang elbih besar berbanding moreh. banyak kelebihannya,,tapi moreh pon bagus.sebab bersedekah kan.

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@fiq.
ha betol2. bagi makan orang berpuasa lagi banyak pahala dia. yg moreh ni macam bersedekah je. tapi mana2 pun dapat jugak pahala. yg penting ikhlas. :)

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger