Penaja

Saturday, August 06, 2011

15
Komen
Contest Aku Berpuisi - Malaysia Dulu Dan Kini



Assalamualaikum semua pembaca kacak dan cantek..
Ha dah beberapa hari aku tak update blog kan. aku tau korang tak rindu pun. haha. Ok entri ni takleh panjang sangat sebab contest kan. contest ni pasal aku berpuisi yang dianjurkan oleh mohamadazhan.com ye. kalau korang nak tau lebih lanjut pasal contest ni boleh klik gambar kat atas tu untuk pergi ke link contest. aku join ni pun saje je bukannya pandai buat sajak pun tapi sekadar nak mencuba tak salah kan. baiklah aku nak teruskan kepada sajak aku yang bertajuk "Malaysia Dulu Dan Kini".



Malaysia Dulu Dan Kini

Malaysia dulu,
Anak-anak belajar hidup dalam kesusahan,
Tiada sedikit pun difikiran untuk mencari kemewahan,
Apa yang dicari hanyalah sesuap makan,
Kehidupan dulu jauh berbeza,
Dulu Malaysia digelar Malaya,
Dipenuhi penjajah yang ingin menjadi kaya,
Sedangkan rakyat sendiri hidup sengsara,
Orang Melayu dijadikan balaci,
Sehingga ada yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri,
Sehingga hilangnya maruah dan jati diri.

Akhirnya,
Tanah Melayu mengalami kebangkitan,
Tuanku Abdul Rahman menjadi perutusan,
Menuju ke London demi sebuah kemerdekaan,
Lalu termeterailah sebuah perjanjian,
Tanah Melayu akhirnya mencapai kemerdekaan,
Kemerdekaan disambut dengan sorakan dan tangisan,
Semua yang terjadi tidak dapat digambarkan oleh perasaan,
Tamatlah sudah segala penderitaan,
Bermulalah episod baru dalam kehidupan.

Malaysia kini,
Anak-anak tidak lagi kenal erti kesusahan,
Celik sahaja mata dihujani dengan kemewahan,
Menjadi manja dengan arus kemajuan,
Kesedaran diri semakin kurang,
Pejuang kemerdekaan tidak lagi dikenang,
Setiap hari hanya ingin bersenang-senang,
Tiada usaha untuk berjaya,
Mengharapkan semuanya disuapkan sahaja.

Bangkitlah wahai anak muda,
Keluarlah dari tidur yang lena,
Sungguhpun negara sudah merdeka,
Tetapi mindamu masih belum merdeka,
Ideologi barat menjadi pilihan,
Sehingga hilang sifat ketimuran,
Tiada lagi semangat perpaduan,
Ayuh semuanya bersatu hati,
Agar kemakmuran terus dikecapi.


*ni je yang termampu aku buat biasalah masih baru dalam bidang ni. :)






15 puji si kacak:

tomatokering :) said... [Reply to comment]

boleh lah jadik pewaris A.samad said ;p

Alya Esprézzo said... [Reply to comment]

wahhh..mendalam puisi tu, dah boleh jadi penulis puisi dahh niee..hahahahaha ngeeee :P

Sharmimi said... [Reply to comment]

bangkitlah anak bangsa!

Hans said... [Reply to comment]

yeyeyeyeyeyey
akhirnya kawan aku yg sorang nih join juga
semoga ko menang
:-)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@tomatokering :)
tak mampu kot nak jadi a.samad said sebab tak pandai deklamasi sajak ni. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Alya Esprézzo
haha. baru nak belajar menulis puisi ni. :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Sharmimi
yeah!! bangkitlah anak bangsaku!

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Hans
haha. terpengaruh la. tak kisah la tak menang pun. saje nak mencuba je. semoga ko menang jugak hans. :)

Hans said... [Reply to comment]

pian : hehehe..sama2 doakan :-)

eh,thanks sudi follow blog filem aku
:-)

SyazwanSarawak said... [Reply to comment]

aku rasa aku dah komen entri ni. haha

pehh, puitis sungguh la. g'luck bro

Nur Suhada said... [Reply to comment]

Wahh !
Dah macam gaya ala2 A Samad Said ni.
HAHAH. Hebat !

Rasa macam nak masuk je contest ni.
^_~

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Hans
sama2 hans. takde hal la. :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@SyazwanSarawak
mana ada ko dah komen. ni baru je komenla. haha. mekasih ye syazwan. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Nur Suhada
jauh la beza dari a.samad said tu. eh jemputlah masuk. anda lagi hebat kot. hehe

L said... [Reply to comment]

jom befikr sejenak http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jom-berfikir.html =)

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger