Penaja

Thursday, July 21, 2011

43
Komen
Tips Mengenali Kawan Baik Anda.

Hi all!! (wah speaking pulak)

Assalamualaikum semua pembaca cantik dan kacak...

Dah 2 hari tak update entri kan (melainkan wordless wednesday) sebab sedikit kebizian melanda diri ni la. Nak blogwalking pun kekurangan masa ni. Masa yang terhad untuk buat apa-apa pun. Dengan tergesa-gesa aku update blog ni ye.

Ok la kita teruskan dengan tajuk entri kita ye. Cerita panjang pun tak guna asik bercerita bila pulak nak habisnya kan. heee~

Aku rasa semua orang kat dunia ni ada kawan kan. Tak kiralah kalau korang kera sumbang pun paling kurang korang akan ada seorang kawan baik. Tapi untuk orang yang ada ramai kawan pulak macam mana diorang nak tau tu kawan baik diorang ke tak kan. Ha kat sini aku nak bagitau macam mana nak kenal kawan baik korang dari segi pandangan mata aku ye. 



Antara tips yang menurut pandangan aku adalah seperti berikut : 


1. Pendengar yang baik.
Kawan yang baik merupakan seorang pendengar yang baik. Korang boleh cerita apa je kat kawan baik ni tanpa rasa segan silu. Korang takkan takot kena bahan dengan kawan baik korang ni walaupun korang hanya menceritakan kerisauan korang tentang spender korang yang dah koyak. Ini menunjukkan mereka adalah kawan baik korang.



2. Boleh teman korang pegi kencing malam-malam.
Kawan yang baik akan sentiasa bersama korang tak kira susah atau senang. Waktu susah yang paling senang nak nampak ialah teman pergi kencing masa malam. Kalau bukan kawan yang baik amatlah mustahil untuk dia korbankan tidur malam dia semata-mata untuk teman korang pegi kencing. Sesungguhnya walaupun seminit waktu tidur sangat berharga tau.



3. Kentut tanpa di marahi.
Kawan yang baik tak kisah apa yang kawan baik dia buat walaupun kentut masa tengah lepak sama-sama. Korang boleh kentut sama ada bunyi kuat, bau busuk, ataupun apa sahaja jenis kentut tanpa dimarahi oleh kawan baik tu. Dia cuma sepak korang sekali je takpun mencarut sikit je lepas korang kentut (ini tak dikira marah). Kalau diorang marah diorang akan kutuk-kutuk korang dan mengancam taknak berkawan( ini belum capai tahap kawan baik lagi).



4. Sentiasa melakukan aktiviti bersama.
Kawan yang baik sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama walaupun aktiviti yang korang lakukan tu tak berilmiah langsung. Kalau korang cuma lepak kat kedai makan sambil minum segelas air kosong dan lepak berjam-jam kawan yang baik tetap setia bersama korang.



5. Sentiasa mengingati bila kita tengah lalai.
Perkara paling penting yang kawan baik buat ialah sentiasa mengingati kita bila kita tengah lalai. Kawan yang baik takkan membiarkan kita alpa dan terus hanyut dengan perkara yang sia-sia. Kawan yang baik juga takkan join kita sekali untuk sama-sama lalai dan terus hanyut tanpa ada orang yang akan menyedarkan kita.

Cukuplah 5 tips dari aku ni. Ada tak rasanya kelima-lima tips ni kat kawan baik korang??? Kalau ada berapa ramai kawan baik yang korang ada?? Tahniah ye sebab ada kawan baik. Kalau ada yang menganggap aku kawan baik korang silalah bagitau kat ruangan komen ye.

"sekali berkawan selamanya berkawan, ingatlah bahawa tiada istilah ex kawan kerana kawan adalah peneman kita dikala susah selain keluarga dan saudara-mara kita sendiri."
Aku sangat sayang kawan-kawan aku selain keluarga aku. Macam mana dengan korang pulak??

*sekarang ni update pagi je sebab keje kan.
**kalau ada yang komen tu mungkin aku balas lambat sikit ye kunjungan tu. :) 




43 puji si kacak:

suhailaselaginella said... [Reply to comment]

huhuhu..betul2..great info..:-D

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@suhailaselaginella
ye memang betul kan. ada tak kawan baiknya ni?? hehe

AesyaZealous said... [Reply to comment]

setujuuuu semuaaa..tp aku tak sanggup nk jadikan ko sbg kawan baik aku sbb sanngupkah ko dengar aku mengadu seluar dlm koyak?wlupun adlh mustahil utk koyak melainkan jika dikoyakkan.

eh ape aku merepek ni

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@AesyaZealous
ok masalah ko sangat complicated. kalau ko mengadu masalah seluar dalam ko koyak aku akan tolong tampalkan seluar dalam ko tu bagi ko pakai balik tau. bagus tak aku?? haha

fiq. said... [Reply to comment]

gud tips, dah pernah test ke? point no 2 dan 3 tu rare, kalau kawan baik kite pas, dia memang sejati punye kawan baik larrr.... haha

Eyda Syahida said... [Reply to comment]

yup setujuu.. tapi kann.. kite tak penah kentut depan kawan.. beragaklaaa.. ahahahahaahaa

syarifahsidrus said... [Reply to comment]

nice!
kawan baik adalah kawan yang akan sentiasa menegur kawan dia kalau buat silap..kan? :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@fiq.
yang no2 tak penah test lagi. tapi yang no3 tu pernah la test. kena carut sikit je tapi takde la sampai marah2 kan. haha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Eyda Syahida
ooo tak pernah ek?? rugi la camtu. baik cuba ye. hehe

Nur Syazana Mohammed Sani said... [Reply to comment]

betol 2 ;) graet info ^^ tapi besties zana da lari =(

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/is-that-true.html

yad'z said... [Reply to comment]

berkawan biar beribu... BERSAHABAT satu pun dah cukup.. =)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Nur Syazana Mohammed Sani
laaa. lari pegi mana tu??

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@yad'z
sahabat yg paling memahami dalam kalangan beribu kawan yg kita ada. :)

Miz Novexx said... [Reply to comment]

setuju sangat sangat, susah zaman sekarang nak cari kawan baik... huhu

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Miz Novexx
ye memang sangat susah. kalau dah jumpa tu sila hargai elok2 ye. :)

Engku Sofea said... [Reply to comment]

sumpah lawak hahahaha. tp betul bahaha :P

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Engku Sofea
errr lawak ke?? tapi ni entri serius tau. hehe

AnNa FaRHaNa said... [Reply to comment]

hahaha...erkk..masalah tu kentut depan2 kawan..klu korek idong camane plak??haha...

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@AnNa FaRHaNa
kalau korek hidung calitkan la tahi hidung tu sekali kat kawan2 ye. haha

dayahremlee . achik . :) said... [Reply to comment]

hehe .. perggghh ,.. x dpt den nk cari kwn baik cm nie :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@dayahremlee . achik . :)
tak yah cari. tunggu dia datang sendiri ye. hehe

Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

yeah...good info...
masih lagi praktikkan..
xD

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Eazy Izzuddin
bagus la kalau praktikkan eazy. best jugak dapat kenal dgn kau. hehe

Mohammed Faizal said... [Reply to comment]

terbaik...burung suka

ain fathihah said... [Reply to comment]

hai si kacak

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Mohammed Faizal
burung kalau suka tekan la like ye. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@ain fathihah
hai si cantik. hehe

teha said... [Reply to comment]

oh yess ! agree ! :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@teha
thanks agree with ya. hehe

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply to comment]

sgtt setuju ! :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@miss lolly a.k.a luvfareda
mekasih ye sebab setuju cik lolly. hehe

SyazwanSarawak said... [Reply to comment]

wahaa. tips dari abam kacak *.*

Queen F said... [Reply to comment]

eh aku pon sayang kawan2 aku walaupun depa suka sangat nyepam wall aku dengan penuhkan noti aku sampai rasa mcm nak bakar je laptop diorang >.< tanpa kawan siapalah kita :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Queen F
eh janganlah bakar nanti kena ganti pulak. haha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@SyazwanSarawak
haha. kau lagi kacak kot.

saiazuan said... [Reply to comment]

Alhamdulillah aku ad ramai kwn mcm tu :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@saiazuan
alhamdulillah baguslah camtu. untungla ko kan. hehe

Fitrihadi said... [Reply to comment]

bercinta biar satu.. berkawan biar seribu.. kalau kat facebook tak cukup 1000 friends jangan berhenti add ramai-ramai.. hehehe...

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Fitrihadi
haha. nasib baiklah ada seribu dah friend kat facebook ni. hehe

Lilynn Sazlin said... [Reply to comment]

aku suka no.3. hahahahahhaahahaha. terbaik :P

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Lilynn Sazlin
sebab kau selalu buat no 3 tu kan. haha

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said... [Reply to comment]

ORANGPERLIS MENULIS (update):
: Kesalahan dalam filem HANTU BONCENG didedahkan


btul tu... kawan yang baik ni payah nk cari...

aNak ChE mE said... [Reply to comment]

ACM paling suka no.5...... soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo, true...^_^

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger