Penaja

Friday, July 15, 2011

25
Komen
Tazkirah Friday #2: Jangan Nak Dengki Sangatlah..

Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca kacak dan cantek semua... 


Ok hari ni aku nak berkongsi tazkirah aku yang kedua bersempena dengan hari jumaat yang mulia ni ye. Asyik baca pasal gosip je kan sekali-sekali jemputlah baca tazkirah jugak kan. Barulah seimbang sikit dunia akhirat ni. hehe. Sebelum aku huraikan panjang lebar pasal 
tazkirah aku hari ni kita tengok dulu hadis Rasululullah S.A.W ni ye. :)






Dari Abdullah bin Mas’ud r.a :
 Rasulullah saw bersabda, “Jangan merasa iri hati, kecuali kepada dua orang:

(a). Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan

(b). Orang yang diberi oleh Allah hikmah (ilmu yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya.” 



Ha amacam dah baca kan hadis kat atas ni. Korang faham tak apa yang hadis kat atas ni sampaikan?? Kalau tak faham takpe la. Aku cuba huraikan ye untuk korang. 


Kita ni semua tau yang manusia ni memang suka sangat nak jeles (dengki) dengan orang lain pantang orang lebih sikit je nak jeles kan. Kalau ikut hadis ni memang tak salah kita nak jeles dengan orang lain tapi kat dua jenis orang je yang kita boleh nak jeles iaitu orang yang menggunakan harta yang diberikan Allah kepada perkara yang benar dan orang yang memanfaatkan ilmu Allah dan diajarkan kepada orang lain.


Tapi manusia ni memang pantang nampak orang lebih sikit nak dengki kan. Orang sedekah pun kena mengumpat kan. contoh situasi :


"ha cuba kau tengok Tan Sri Sufian tu asal nak derma je mesti ada media semua datang nak menunjuklah tu dia ada duit", berkata Minah kepada Bedah.


 Nampak kan manusia ni memang suka persoalkan bila orang lain buat baik. Sepatutnya kita mencontohi la orang tu buat baik. Tak kisah la walaupun tak masuk suratkhabar dengan tv pun kan. Kita tak perlulah nak mengumpat pasal ikhlas atau tak orang tu buat kebaikan sebab tu urusan orang tu dengan Allah kan.


Dalam dunia blogging ni sendiri pun ada yang nak dengki dengan blogger yang lain. Bila orang buat entri pasal kebaikan pun nak mengumpat kata "ala dalam entri je la dia tu baik, padahal depan2 macam ape ntah perangai". Sentiasa ada je benda yang kita tak puas hati kan.


Jadi cucilah hati tu dengan baik ye. Sentiasa bersangka baik dengan orang jangan nak dengki sangatlah kan. Nak jeles boleh tapi dekat dua golongan yang disebutkan dalam hadis ni je la ye. Tak best pun dengki2 ni buat sakit hati sendiri je nanti.


Jadi renung-renungkan lah ye tazkirah kita untuk minggu ni. Jadilah orang yang bersih hati ni, hati yang kotor mendorong penyakit busuk hati dan pendengki.


*menggagahkan diri untuk update sambil siapkan report latihan industri. :)

25 puji si kacak:

@taufiqhelios said... [Reply to comment]

woh!! da baca dah samapi habis entry yayan nih :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@@taufiqhelios
samapi pun boleh! haha. tapi takpelah sebab komen entri dimaafkan la ye. hehe

teh o ais milo said... [Reply to comment]

haha~~salam sahabat..dengki ke jln yg beik aku sellu buat..hihhhihi..bgus entry..=D

papepon gud luck chayok2 la ye siapkn report tu boboi..hoho~~!!

NURUL AINI NORAZMAN said... [Reply to comment]

aku iri hati tgk kawan aku DL sem ni aku tak DL.,boleh kan mcm ni??
so aku kene usaha lebih lah klu nak jadi mcm dia,.=pp

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@teh o ais milo
baguslah camtu mat. bila dengki benda baik kita cuba nak ubah diri kita bukannya nak jatuhkan orang kan. :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@NURUL AINI NORAZMAN
haha. baguslah camtu. lepas ni kau pulak yg DL kan?? hehe

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply to comment]

KITE DENGKI DENGAN AWAK HAHAHAHA BOLEH ?

Nur Syazana Mohammed Sani said... [Reply to comment]

zana xdengki ,. zana just jeles kalau ad buda yang rangking die kat sekola tinggi gile ,. sampai zana nak kejor pun terkial kial ==' boleh kan ^^

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/adore-with-him.html

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@miss lolly a.k.a luvfareda
kenapa awak nak dengki dgn saya pulak ni??? hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Nur Syazana Mohammed Sani
dengki lepas tu try nak jadi macam budak tu apa salahnya. ok je. :)

..hizamirahim.. said... [Reply to comment]

baru dua minggu lepas kot khutbah pasal dengki ni kat tmpt aku.
:B

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@..hizamirahim..
owh yeke. baguslah dengar. ingatkan tertido masa khutbah. hehe

pRiNCe said... [Reply to comment]

prince dtg tunaikan jnji yg prince tlis dlm docs " blogwalking lists " di group sahabat blogger...salam perkenalan ye..cntik blog..:)

[ Artis ] Fazura Kekal Bertudung Selepas Drama Tahajud Cinta
Harry Potter And The Deathly Hollow Part 2
[ Artis ] Anak Baru Rita Rudaini Dan Aidil Zafuan ( 2 Gambar )

M Firdaus Mohd said... [Reply to comment]

dalam dunia berblogging ni mmg saya jealous! seriously jealous kepada orang yg telah berjaya la.

M Firdaus Mohd said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Hans said... [Reply to comment]

yups
sebab tu kena bersihkan hati
kalau tidak jadi lah macam orang yg ko sebut tu
buat baik pun difikirnya salah
:-)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@pRiNCe
mekasih ye sudi singgah jugak. :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@M Firdaus Mohd
jom la kita sama2 berjaya jugak ye. :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Hans
betol tu hans. pandai la hans ni. hehe

NNisa said... [Reply to comment]

segala-galanya datang dari hati.
perlu lah kita cuci hati dulu en. :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@NNisa
ye betol tu. kena selalu cuci hati. kalau tak makin penuh la kekotoran tu.

AkuMuzikFilem said... [Reply to comment]

walaupun mungkin copy paste, masih lagi perkongsian yang baik. nice sharing. thanx

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@AkuMuzikFilem
berkongsi je bro. mana tau boleh manfaat kat orang lain ke kan. hehe

SyazwanSarawak said... [Reply to comment]

bestnyewww entri yayan nih. ahahha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@SyazwanSarawak
err. pesal ko panggil aku yayan pulak ni?? haha

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger