Penaja

Friday, July 01, 2011

14
Komen
Tazkirah Friday #1...




Assalamualaikum semua pembaca kacak dan cantek yang budiman...

Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ni rasa macam nak bertazkirah pulak kan. aku tau walaupun aku ni sebenarnya bukanlah orang yang alim ataupun baik tapi nak jugaklah berkongsi sesuatu yang baik kan. asyik post benda mengarut je sesekali nak jugak macam bagi ilmu dekat pembaca ni.

Hari ini aku nak berkongsi satu hadis dengan korang la. aku rasa ramai kot yang dah penah dengar hadis ni. hadis ni memang selalu kita dengar cuma aku nak mengingatkan kembali je la kot ada yang terlupa kan.

"innamal a'malu binniyat"
Yang bermaksud :
Daripada Umar R.A katanya,Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"sesungguhnya sesuatu perkara itu bergantung kepada niat,bagi seseorang apa yang diniatknnya. Jika hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan RasulNya.Jika hijrahnya adalah kerana duniawi, atau kerana wanita yg ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang diinginkan."


ok korang dah pernah dengar kan pasal hadis ni. aku pun nak terangkan sikit la yang kita ni nak buat apa-apa pun kenalah niat dulu ye. macam dalam hadis ni cakaplah kan kita akan dapat berdasarkan apa yang kita niatkan. kalau kita niat kerana Allah dan Rasul maka segala yang kita kerjakan tu pasti diberkati. kalau kita niat kerana dunia ni semata-mata hanya dunia ni je la yang kita dapat.


Kalau kita ni baru berniat nak buat sesuatu yang baik tapi masih belum melakukannya kita dah boleh dapat pahala tau. kalau kita teruskan niat baik kita tu lagi lah dapat pahala. 


niat baik + perbuatan baik = ganjaran berganda.

Berbeza pulak dengan kejahatan ni, bila kita niat nak buat sesuatu kejahatan tetapi selagi kejahatan tu tak dilakukan kita masih belum dianggap telah membuat dosa. bila kita dah buat benda jahat tu barulah kejahatan kita dicatat oleh malaikat ni. 

Nampak tak betapa senangnya kita nak dapat pahala. cukuplah sekadar berniat untuk melakukan perbuatan baik kita dah beroleh pahala. apa yang penting setiap yang kita buat mestilah kerana Allah ye. sekian sahaja percubaan pertama Tazkirah Friday aku ye. selamat beramal ye kepada semua pembaca. semoga kekal cantek dan kacak. :)

*first time buat entri pasal macam ni nebes pulak rasa. 
**sama-sama saling mengingati ye sebab aku pun selalu leka dan bukan orang yang baik sangat pun. :)

14 puji si kacak:

Ujang9897 said... [Reply to comment]

kena pula entri ni dgn entri aku..hee...

niat penting wo..

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Ujang9897
niat memang penting bro. kalau niat jahat tu yang keje jadi nak dengki dgn orang lain je. macam dalam entri kau tu la. hehe

Hans said... [Reply to comment]

yups
betul weih
niat tu penting
semua kita buat mesti niat kerana Allah kan
tapi ramai juga lupa hal nih termasuk aku
nice entry
:-)

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

BeloG MTT said... [Reply to comment]

Nawaitu tu penting..:)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Hans
aku pun kadang-kadang lupa jugak nak niat. main buat je tanpa niat apa2 sebab tu la tak berkat kot. huhu

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@BeloG MTT
ye betol3. nawaitu memang sangat penting la. :)

Hans said... [Reply to comment]

haahahaha
nih mesti ko insaf sebab helmet kan?
hehehehe

JaRyiE jEmArYiE kOo said... [Reply to comment]

innamal a'malu binniat...
setiap perbuatan harus bermula dgn niat....

mmg xkn lpe hadith nie...

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Hans
helmet memang betol2 buat aku insaf la. ade hikmah la hilang helmet ni. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@JaRyiE jEmArYiE kOo
ye betul tu. hadis yg paling selalu diulang kat sekolah dulu. nampak simple tapi mendalam maksud die. :)

saiazuan said... [Reply to comment]

nice entry :D

sayonara june holla july http://eleventx.blogspot.com/2011/07/berlabuhlah-tirai-june.html

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@saiazuan
tq bro. :)

Amoi MiyaSya said... [Reply to comment]

betul la tu , kalau niat buat jahat , tp tak buat , tak berdosa :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Amoi MiyaSya
kesimpulannya selalu la niat baik ye sebab bila niat kita baik kita dah boleh dapat pahala dah. :)

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger