Penaja

Tuesday, July 12, 2011

18
Komen
Puisi #1 : Aku..

Aku,
Aku cukup mengenali diri sendiri,
Aku bukanlah orang yang tinggi,
Jauh sekali hendak meninggi diri,

Aku,
Siapalah aku untuk bermegah diri,
Hidup pun hanya menunggu datangnya rezeki,
Rezeki yang terkadang sampai bila pun aku tak pasti,
Layakkah aku bermegah diri??

Aku,
Mengapa harus ada sifat dengki??
Bukankah setiap orang telah dibahagikan rezeki,
Rezeki yang adil dibahagi oleh Ilahi,
Janganlah aku hendak memaki, 
Jika usaha hanyalah ibarat secebis roti,
Jangan diharapkan balasan sebesar lori.

Aku,
Aku perlu berubah menginsafi diri,
Jika ingin berjaya dalam hidup ini,
Bukanlah sekadar mengejar duniawi,
Biarlah ukhrawi itu yang aku cari....


*ini sajak pertama aku untuk entri blog aku. 
**sajak ni aku buat secara spontan je ye. silalah komen untuk penambahbaikan. :)

18 puji si kacak:

yunZ said... [Reply to comment]

sajak ke pantun 6 kerat ni. btw keep it up

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@yunZ
entah aku pun tak tau la. main buat ikut suka je. haha

istana biru said... [Reply to comment]

hurm... nice lah sajak aku nih... sebab setiap insan tu hanyalah manusia biasa.. tak perlu bermegah diri..yang paling hebat tu hanya Allah... hurm... :) best la...huhu

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@istana biru
ye betol tu. takyah nak megah sangatlah kan kat dunia ni sebab semua sama je sebenarnya. eh nice ek sajak ni?? boleh la buat sajak lagi pasni. hehe

I do I need Iman said... [Reply to comment]

comey je sjk ne ;)
bgus. not bad .;p

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@I do I need Iman
tq ye. boleh la buat sajak lagi pasni. makin semangat ni. hehe

Syarifah Ashikin said... [Reply to comment]

nice... semoga berusaha lagi menulis karya mcm ni.. saya pun ada gak tulis puisi yg merapu2.. hahhahahha...

saiazuan said... [Reply to comment]

puisi yg hebat.. tp kna bnyk kan ayat bungga.. bkn giwang, tp lebih dalam mknanya.. mcm buat perbandingan ke hehe

anda dah baca komik atwr #4?
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/atwr-comic-4-budak-budak.html

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@saiazuan
ha ok bro. lepas ni aku banyakkan benda2 yg abstrak dalam puisi aku ye. :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Syarifah Ashikin
ha takpe la merapu. kadang2 kita rasa macam merapu tapi orang yg baca kata pulak best. selera manusia kan berbeza-beza. hehe

syarifahsidrus said... [Reply to comment]

nice, banyak pengajaran dalam tu
terima nikmat yang Allah bagi seadanya :)

Nur Syazana Mohammed Sani said... [Reply to comment]

ber campor campor erk pantun nie ,. btw ,. nice ^^

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/semak-kan-nama-calon-latihan-khidmat.html

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@syarifahsidrus
ye betol tu. terima nikmat yg diberikan seadanya ye. jangan mintak lebih kalau usaha tu secebis kuman je. :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Nur Syazana Mohammed Sani
errr. ni bukan pantun tapi sajak la. huhu

Kucing Serius. said... [Reply to comment]

Mood bersajak kejap. Huuu

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Kucing Serius.
pandai ke bersajak?? hehe

AkuMuzikFilem said... [Reply to comment]

boleh berpuisi lagi=)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@AkuMuzikFilem
yang ni main bantai je. tak tau la puisi ke tak ni. haha

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger