Penaja

Monday, July 04, 2011

22
Komen
Doodle #1 : Bola Oh Bola..

Assalamualaikum semua pembaca kacak dan cantek sekalian. :)

Ok ni entri aku yang melibatkan doodle. aku baru je belajar pasal doodle ni. ni semua sebab aku terpengaruh bila tengok doodle yang cantik dan comel kat blog cik aesya zealous ni. serius memang aku tertarik baca entri dia yang ada doodle ni. aku pun cuba la tanya dia kan pasal doodle ni. sekarang ni aku pun cuba la nak buat entri guna doodle aku sendiri. jadi korang layan la doodle aku dulu ye. tapi serius sangat buruk ye. maaf sebab aku memang kekurangan bakat. hehe

 ha dah tengok kan?? betul tak buruk?? hehe. cukuplah pasal doodle ni ye. aku nak ulas sikit pasal bola perlawanan antara Malaysia dengan Taiwan tadi. aku ulas mengikut posisi ye.

Penyerang :
Bagi aku striker kita masih belum dapat menunjukkan prestasi sebenar diorang. Malaysia masih belum dapat menghasilkan gandingan penyerang yang benar-benar mantap untuk membolosi gol pihak lawan. penyerang Malaysia pantas dari segi serangan tapi kurang tajam dari segi penyudah untuk mendapatkan gol. Datuk K Rajagobal perlu buat sesuatu untuk memikirkan gandingan penyerang yang mantap bagi membantu Malaysia menjaringkan gol.

Tengah :
Bahagian tengah Malaysia boleh dikatakan baik dengan diketuai oleh Safiq Rahim. beliau mengawal tengah dengan baik dan memberikan hantaran-hantaran yang baik kepada penyerang. Amirulhadi, Amar Rohidan dan S Kunanlan juga beraksi baik dalam membantu jentera serangan. tapi masih perlu diperbaiki dari segi stamina kerana dalam kedua-dua perlawanan memperlihatkan Safiq Rahim kurang cergas dan menampakkan beliau seolah-olah letih apabila perlawanan pada separuh masa kedua.

Pertahanan :
Pertahanan Malaysia dalam 2 perlawanan ni nampaknya perlu diperbaiki dan dimantapkan lagi untuk perlawanan yang seterusnya. kesilapan-kesilapan mudah telah mengundang padah kepada pasukan Malaysia. mereka seharusnya mengurangkan bermain dihadapan gol kerana permainan dihadapan gol hanya akan membahayakan pasukan sendiri. persefahaman antara pemain pun harus ditingkatkan lagi untuk perlawanan yang akan datang.

Penjaga Gol :
Sarbinee Alawi beraksi cemerlang pada malam tadi. banyak percubaan bahaya yang dapat diselamatkan oleh beliau. nampaknya prestasi beliau kembali meningkat dan keyakinan beliau dalam mengawal gawang juga semakin baik. pujian harus diberikan kepada beliau untuk perlawanan ini.

Pengadil :
Pengadil pada malam ni seperti berat sebelah tetapi mungkin beliau lebih tau berbanding peraturan bola daripada penonton. ada sebab setiap keputusan yang diambil. keputusan pengadil adalah muktamad. diharapkan pemain Malaysia tidak cepat down apabila berhadapan dengan pengadil seperti in.

Kesimpulan :
Diharapkan pemain Malaysia meneruskan aksi cemerlang pada masa akan datang. kepada peminat bola sepak Malaya teruskan menyokong pasukan kita walaupun kita kalah kerana dengan sokong kita sahaja dapat memberikan semangat kepada pemain kta. :)

eh baru perasan taip banyak pulak hari ni. sori ye semua terpaksa baca panjang-panjang. 

*ber-BBQ petang tadi kenyang sampai malam ni.
**tinggal seminggu lagi nak abis praktikal. yeay!!! :)

22 puji si kacak:

Hans said... [Reply to comment]

comel2
dari aku yg lukis kira ko better lawa lagi
:-)

yups
penjaga gol malaysia tadi bagus

Review Filem Transformers: Dark Of The Moon 3D

AesyaZealous said... [Reply to comment]

hahahaha comel gile gigi arnab!! hahaha.. okay pe ko lukis.. cume tulisan tu besarkan sikit la. xnmpak..hii

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Hans
aku lukis lagi lawa ke?? nampaknye bakat aku lebih sikit la tu dari ko. haha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@AesyaZealous
errr. macam mana nak besarkan tulisan ek?? tak jumpe pun kat paint tu. huhu

Nur Syazana Mohammed Sani said... [Reply to comment]

comel jar nampak ^^ penjage gol memamng cemerlang malam tadi walaupun 1 penalti 2 xpatot zana rase ,.

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry ter baru zana =)

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/penjagaan-kulit-muka.html

Pendamba Mawar said... [Reply to comment]

ulasan menarik... bg aku striker.. kelajuan perlu lagi..dan perlu bijak cari ruang.. mcam game malaysia taiwan aku puji amirul hadi.. rajin..

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Nur Syazana Mohammed Sani
hehe mekasih ye. ye betol tu nampak sangat pengadil macam nak tolong taiwan je. geram rasa tengok semalam. huhu

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Pendamba Mawar
aku pun puji amirul hadi jugak. macam tak patot je dia kena keluarkan sebab chanturu macam tak berfungsi sangat semalam.

ain revival said... [Reply to comment]

aku tak suka reff dy..mngarot..sepatutnya malaysia boleh dapat sepakan penalti ugak semalam~

matakail said... [Reply to comment]

hi.. BW. jom follow pancingarateam.blogspot.com klik.. t

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@ain revival
betol tu. malaysia memang patot dapat penalti. kalau tak takde la malaysia kalah kat tempat taiwan tu.

Anonymous said... [Reply to comment]

blog dah lain dah! piwittt. sejuk sikit mata memandang. hehe.

btw, nice try.

syaira.

yad'z said... [Reply to comment]

wahhh.... dah pandai sekarang ek... hehe... wahhh lagii... detailnye ulasannn.. huhu... walaupon tipis.. syukrlah malaysia layak lwn spore.. =)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@yad'z
wah untuk yadz yang rajin komen. wah terima kasih ye yadz. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Anonymous
ok ke wei blog ni?? ni dah abis simple dah aku buat ni. huhu

Anonymous said... [Reply to comment]

ok dari dulu. just clearkan sikit lagi. buang this and that sikit cun lagi lagi kot. bagi aku la. haha. tapi kau owner, kau lah decide kan. heee.

syaira.

fyna said... [Reply to comment]

hehe...
da ade bakat da tue.
:)
kene wa byk kali..




jom singgah n follow belog fyna.

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Anonymous
owh yeke. apa yg nak kena clear lagi?? yg mana 1??

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@fyna
tq ye fyna. ok2 nanti praktis selalu ye. nak belajar buat doodle cantik2 ni. hehe

Hans said... [Reply to comment]

hahahha
ko jangan riak
nanti helmet hilang kang
hahaha

Juvana Episod 11

syarifahsidrus said... [Reply to comment]

pandai dah la lukis tu..hebat!
boleh ajdi pengulas sukan da pasni..hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@syarifahsidrus
hehe/ berminat jugak jadi pengulas sukan ni. harap2 ada la rezeki tu. hehe

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger