Penaja

Tuesday, June 28, 2011

17
Komen
Kisah aku, praktikal dan helmet....

Assalamualaikum semua pembaca kacak dan cantek. :)

Ha dah lama rasanya tak menaip kat sini. macam biasa la alasan klise aku busy. tapi hakikat sebenarnya aku ni malas kan. macam mane la nak jadi blogger femes ni kan. *oppsss boleh femes ke dengan blog yang serabut camni??* agagaga..

Mukaddimah yang sangat mengarut kat atas ni. sila abaikan perkara di atas sebab aku taknak pun femes-femes ni. biarlah jadi orang yang tak dikenali dan misteri je lebih senang dan tenang. aku malas nak mengarut panjang sebab kalau aku mula mengarut nanti takot jadi melebih-lebih pulak kan. biarlah aku terus kepada tajuk entri aje ye. 

AKU, PRAKTIKAL DAN HELMET.... macam misteri je bunyi tajuk ni kan. takpe2 biar aku habiskan entri ni dulu ye. bagi korang faham apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ni. 

aku, praktikal dan helmet..

Buat pengetahuan korang aku sekarang ni tengah praktikal dekat Majlis Sukan Negeri Perak(kalau tak tau sila google ye). sekarang dah masuk minggu yang ketujuh aku praktikal. tinggal minggu depan la last untuk sesi praktikal aku ni. jiwa aku tengah bergelora yang teramat tak sabar nak habiskan praktikal dan meninggalkan kehidupan di Ipoh yang sangat banyak dugaan yang aku hadapi. (rasa ayat aku ni macam ayat cikgu sastera pulak)

Ok korang dah tau pasal praktikal kan. jadi, ape kena mengena dengan helmet pulak kan. sebenarnya memang ada. helmet ni watak utama sebenarnya dalam entri ni. kalau korang nak tau sepanjang 7 minggu aku dok kat Ipoh ni boleh cakap dah 3 kali aku beli helmet. senang cerita 2 minggu sekali memang aku beli helmet la. ni semua sebab sikap manusia yang kurang didikan ni dah merembat helmet aku yang tak penah buat salah dengan aku pun.

membeli helmet setiap 2 minggu sekali dah macam hobi dah aku rasa sekarang ni. aku sarankan korang yang membaca ni turut mencuba hobi aku ni. boleh kata pengalaman baru yang SANGAT menerujakan la. tapi apa boleh buat kan. malang tu kan tak berbau. kalau ada bau mesti aku dah boleh bau malang tu sebelum berlaku. dapatlah aku cegah helmet aku tu sebelum kena curik kan.

Cukuplah sekadar ni je entri aku untuk hari ni. kepada pembaca semua berwaspadalah dalam setiap perkara yang anda ingin lakukan ye. jangan jadi macam aku ni. kalau nak letak helmet jangan letak macam tu je bawah seat motor tu kalau boleh letak la rantai siap mangga solex sekali ye.

*minggu depan habis praktikal. yeay!!!
**baru lepas kena observe dengan lecturer tadi rasa lega yang teramat.


17 puji si kacak:

Hans said... [Reply to comment]

asal ko xbawa helmet masuk tempat praktikal?
sekarang memang kes kecurian helmet menjadi2
apa kata ko letak racun dalam tu
sapa curi mesti dia pakai
lepas dia pakai kepala dia hancur
hahahahahaha

Juvana Episod 10

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

aku takot masa aku letak racun tu takde yang amik je. aku pulak terlupa terus je pakai helmet tu. habis rosak kepala aku nanti. huhu

saiazuan said... [Reply to comment]

alhamdulillah, setakat ni xpernah hilang la helmet :D


check out my new header, on #Transformers3 mood~
http://eleventx.blogspot.com/2011/06/atwr-comic-transformers-dan-blog.html :D

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@saiazuan
alhamdulillah. bagus la macam tu. semoga takkan hilang ye. :)

NURUL AINI NORAZMAN said... [Reply to comment]

pekata kan,. letak katak dlm helmet tuh,. siapa curik je,.suruh katak tu erit ong,ong!! hahahahah

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@NURUL AINI NORAZMAN
haha. macam mana nak letak katak dalam tu. diri sendiri pun takot katak. hikhikhik

..sissa.. said... [Reply to comment]

HAHAHA.
beli helmet da jadik hobi baru ye..
haha. ape kate, try ikat tali kat helmet tu..pastu gantung kat leher. kompem tak ilang dah pasni..
ehehe :p

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@..sissa..
kalau ikat kat leher habislah tak kacak nanti. haha

kEc!ltAp!moLeK said... [Reply to comment]

kt manjung dulu pn kwn ak pnh kene gk pian...sbr la ye..dugaan idop..

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@kEc!ltAp!moLeK
aku memang sabar je ni. banyak dugaan dalam hidup. ni salah satu la daripada banyak2 dugaan ni kan. huhu

Sis Nana said... [Reply to comment]

cian2...melayang je duet...hahah..len kali bwk je helmet tue ke mane2..x pon wat ala2 handbag...ngah3~~eh boleh ke camtue...idea yg mrpek...haahaha...peace~~

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Sis Nana
kalau buat ala2 handbag nanti kena ragut pulak. haha

Amoi MiyaSya said... [Reply to comment]

seronok tak praktikal ? hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Amoi MiyaSya
tak seronok sangat la sebab keje tak banyak. hehe

ain fathihah said... [Reply to comment]

haha uniknya hobi

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@ain fathihah
ni bukan unik ni terpaksa namanya. haha

Anas Fahmie HZ said... [Reply to comment]

hye pian..haha aku suka tajuk entri ko ni sbb minggu lepas aku punye helmet pon kene curik. biba btol rasanya. so aku pon ambil helmet org motor sebelah (tanpa kebenarannya) sbb nanti kalo tak pakai helmet aku kene saman. pastu nanti org yang aku ambik helmetnya tuh plak curik helmet org lain utk selamatkan diri dia juga. n the list goes on. thats why lah kejaidan helmet hilang makin menjadi macapada ini. yang harus diep[rsalahkan - org yg mula mula gatal curik helmet org tuh. disebabkan dier jadiklah siri helmet hilang. aku rasa lah. +P

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger