Penaja

Friday, June 17, 2011

7
Komen
Apakah kesan tamatnya drama nora elena kepada aku??

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca kacak dan cantek... hehe

Tak perlu aku cakap korang memang dah tau yang aku dah lama tak update kan. sori la aku tengah praktikal sekarang ni. susah sikit la nak update sebab ada masalah masa. aku nak curi-curi masa ni malas pulak kan. takpe la sekarang ni aku nak update la dengan entri baru ni. ha ada yang senyum nampaknya tu bila tau aku update blog. haha (perasan je)

dah la malas nak mengarot panjang sangat. aku nak terus dengan tajuk entri je la ye.  aku baru dapat tau yang nora elena dah habis kan. ramai betul yang bercerita pasal nora elena ni kat facebook. setiap hari ada je post pasal cerita tu. sampaikan abang ben ashaari pun bercerita jugak pasal cerita ni kat facebook beliau. banyak jugak aku dengat pasal Seth Tan kat facebook ni kan. jadi aku pun rasa nak buat entri sempena dengan tamatnya drama siri ni. Apakah kesan tamatnya drama nora elena kepada aku??


Perempuan-perempuan kat luar sana dah mula tak pandang aku kerana:

aku ibarat kucing hitam yang tak padan dengan kucing putih ni.

1. Aku yang kurang cerah (maklum la Seth Tan kan cerah) membuatkan perempuan menolak aku dari list diorang sebab mata diorang fokus kat laki cerah yang seakan-akan Seth Tan je.

aku tak ubah macam laki ni yang tak dipandang perempuan tinggi. huhu

2. Aku yang kurang tinggi (Seth Tan jugak agak tinggi) menyebabkan aku kurang jadi pilihan diorang. kalau boleh bila diorang nak peluk tu kepala diorang boleh la sandar kat dada laki tu. kalau pilih aku mungkin aku yang bersandar kat dada perempuan tu kot. *errkkk opppsss*

Seth Tan sangat romantik sampai semua perempuan pun cair.

3. Aku yang tak romantik (Seth Tan ni sangat la romantik) membuatkan perempuan buang aku dari list lelaki idaman diorang. laki tak romantik susah nak amik hati perempuan ni. aku tak pandai nak romantik-romantik ni cuma pandai bersengal dan sedikit sense of humour je. perempuan tak pandang macam tu.

macam ni gaya-gaya bos kan.

4. Aku yang tak bekerjaya ( Seth Tan sangat bekerjaya siap jadi bos lagi) yang masih student lagi dan bekerja memang tak dipandang sangat la kan. hanya ada duit belajar je. tu pun kena tanggung bukannya duit sendiri pun kan. memang takde la perempuan yang nak pandang.

cukuplah 4 perkara ni je aku senaraikan kat sini sebab tak sampai hati dah nak taip banyak-banyak rendah diri pulak rasa. tapi aku tak nak la fikir sangat kan sebab masing-masing ada jodoh sendiri pasti ada jugak gadis yang menjadi jodoh aku nanti kan. (^_^)

*aku berjaya jugak curi masa kejap nak update blog kat pejabat ni.
**kalau dah baca entri ni rajin-rajin la komen ye. :)


7 puji si kacak:

Hans said... [Reply to comment]

kata blog si kacak
ko dah kacak dah
jgn merendah diri

Kisah Terakhir Nora Elena

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Hans
blog je kacak tapi tuan blog tak kacak pun. huhu

..sissa.. said... [Reply to comment]

lawak ohh! HAHAHA

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@..sissa..
eh lawak ke?? ingatkan nak simpati tadi. hehe

Hans said... [Reply to comment]

mana ada
ko kacak tapi xleh lawan kekacakan aku
hahahaha

Filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2

luna qiszara said... [Reply to comment]

hehe..seth tan hanya wujud di dunia khayalan.. :D

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@luna qiszara
ye betol tu. yang wujud dalam dunia realiti ni saya je. hehe

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger