Penaja

Tuesday, May 10, 2011

34
Komen
Jamban Duduk Atau Jamban Cangkung Mana 1 Pilihan Hati???

Assalamualaikum dan salam kacak buat semua....

Dah beberapa hari dah masuk bulan 5 baru la hari ni aku nak buat entri pertama untuk bulan 5 ni. Betapa tak tegarnya aku sebagai seorang blogger ni. Dah tak tau nak bagi alasan apa la sebab aku jarang update kan. Padahal duduk kat umah je pun. Mungkin sebab sibuk tolong mak kot tido je kat umah ni. Takpe la kalau aku rajin update pun bukan ada yang nak komen sangat lebih-lebih lagi gadis-gadis cantik yang baca blog aku ni senyap-senyap tu. Takot kantoi la tu baca blog aku. haha

Dah la malas nak mengarut dengan panjang lebar sebab panas ni. Lagi banyak aku taip lebih banyak haba yang dihasilkan oleh badan aku ni. Aku pun nak teruskan kepada tajuk utama blog aku untuk hari ni. Cuba baca kuat-kuat sikit tajuk ni aku nak dengar. Ok pandai semua.

Satu lagi entri kurang berilmiah dari aku. Kalau korang suka study jangan baca entri aku ni. Oklah untuk mendapatkan jawapan kepada mana 1 yang jadi pilihan hati korang. Aku akan menerangkan satu persatu jamban ni ye. Aku mulakan dengan jamban cangkung.

Kita tengok huraian tentang jamban cangkung ni ye:

1) Merupakan warisan dari nenek moyang kita sebab dari dulu memang kita buang dalam keadaan mencangkung(walaupun kat tepi pokok)
2) Pergerakan najis yang keluar lebih lancar kerana kedudukan mencangkung yang memberi tekanan terhadap perut.
3) Lebih selesa menggunakan jamban cangkung ni di tandas awam kerana tidak perlu duduk pada bekas orang seperti jamban duduk.
4) Kedudukan mencangkung memberikan kurang keselesaan kerana kaki cepat lenguh akan menyebabkan hilang mood untuk membuang lebih lama.
5) Memberikan kesihatan kepada pengguna kerana pengguna jamban cangkung lebih mudah untuk berpeluh.

Cukuplah lima huraian mengenai jamban cangkung. Kini kita beralih kepada jamban duduk. Kita tengok huraian mengenai jamban duduk pulak: 


Tahi anda akan dimakan jika buang najis di sini. haha

1) Tandas duduk ni lebih moden kerana wujud pada zaman ini dan membuatkan pembuangnya nampak lebih elegan.
2) Pergerakan najis agak tersekat kerana kurang tekanan dari perut si pembuang.
3) Kurang selesa digunakan di tandas awam kerana mungkin terdapat kesan tapak kasut pembuang yang tak bertanggungjawab yang mencangkung di jamban duduk.
4) Kedudukan duduk yang sangat selesa membuatkan si pembuang tak sedar walaupun setelah beberapa jam membuang(amat sesuai untuk mereka yang cirit-birit)
5) Kurang mendatangkan kesihatan kerana kurangnya perpeluhan yang berlaku tetapi dapat meningkatkan pengetahuan kerana si pembuang membaca surat khabar sambil membuang.

Setakat inilah review aku mengenai jamban duduk dan jamban cangkung. Silalah komen untuk menyuarakan pilihan anda. Jika anda ada pendapat tentang design baru jamban idaman anda pun boleh berkongsi di ruangan komen. Pendapat anda amatlah dihargai. hehe

*Bosan sangat tu yg macam mengarut sangat je entri ni.
**Lupe nak buat entri pasal selamat hari ibu. cume wish kat sini je la "SELAMAT HARI IBU" mak. hehe

34 puji si kacak:

dayahremlee said... [Reply to comment]

lbh susah dari soalan final.. maaf klau dah x tahan dah x derr pilihannn laa.. *sory agak x comel jwpan nie haha

SitiMardhiahMansor said... [Reply to comment]

euwwwwwwwwwwww..........xdak idea len dah ka ni nak update blog ha pian? =_=

syira said... [Reply to comment]

ade banyak g design jamban. tak cite g pasal feelng yg berbeza dalam decoration tandas tu..

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@dayahremlee
haha. ok takpe dayah. kalau dah di hujung tanduk tu mmg tak pk pilihan dah pun. haha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@SitiMardhiahMansor
mar mmg takdak idea dah ni. nak update sgt terpaksa la pilih tajuk ni. huhu

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@syira
tak habis kaji la pasal tu. tunggu la aku buat tesis pasal tu ye. :p

..sissa.. said... [Reply to comment]

makkk aii..tajok dia hot gitu. HAHA.

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@..sissa..
haha. teruja tak baca?? keh3

Fakhrul1409 said... [Reply to comment]

cantek je jamban2 kat ats tu..kompom selesa je nk berak kan..hahahaha

alinac lover said... [Reply to comment]

keh3~ suka la entri nih! hahahha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Fakhrul1409
bukan stakat selesa je. siap laju je keluar tu. haha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@alinac lover
suke ke yong?? yong pilih yg mana 1?? hehe

miss aNayiL said... [Reply to comment]

ngeri gile kalau terpkse buang air kat jamban duduk tuh weh....grrr

darkbatman said... [Reply to comment]

comel sgt jamban 2 xsampai ati nk duduk.kehkehkeh

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@miss aNayiL
nape?? takot bontot kau kena makan ke?? haha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@darkbatman
klau tak sampai ati terpaksa g buang kat tandas jiran la camtu bro. haha

zikeryhassan said... [Reply to comment]

lagi selesa dengan jambang cangkung :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@zikeryhassan
a'ah jamban cangkung memang selesa sbb takde air yg terpercik nanti masa tahi tu jatuh kan. haha

SyedGraphiX said... [Reply to comment]

lebih suka jamban yang cangkung, hehehhee

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@SyedGraphiX
jamban cangkung memang feeling abis kan?? haha

Ery Farieha said... [Reply to comment]

kalo kat public mmg prefer cangkung. takde bekas2 org duduk.
hhohohoh
tp kalo kat umah jamban duduk lah, selesa sikit. ehehehehe

NUR said... [Reply to comment]

erk.. terus ta jadi nk makan..

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Ery Farieha
ye stuju. mmg public gune cangkung. kat umah gune duduk je. :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@NUR
bagus r tak jadi makan. boleh diet. haha

ishiko said... [Reply to comment]

umm.. betul3x...
kalo kat rumah mmg la best tandas duduk tu... kalo kat luar, jgn harap nk masok...

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@ishiko
haha. memang la. dgn kesan tapak kasut lagi. tak lalu langsung nak membuang. hehe

hans said... [Reply to comment]

suka tandas duduk dan cangkung tapi dkt rumah jer...hahahaha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@hans
abis tu klau tandas awam ko suka yg mana??

hans said... [Reply to comment]

kalau tandas awam ke?
aku suka tandas yang baru buat dan baru buka
hahhahaha
betul x jawapan aku tu?

Review Filem Kongsi

Cikgu Fikri said... [Reply to comment]

aku Tak biasa guna tandas duduk..
Tak puas lah..
tapi, kalau guna tandas cangkung, lenguh lah plak..hahahaha :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@hanis_narnia
a'ah jawapan ko sangat betol. tandas baru sume org berebut nak masuk. haha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Cikgu Fikri
ooo. kau belom moden lagi la tak rasa tandas duduk lagi. haha

zaRain said... [Reply to comment]

hahah.. sy lg ske jamban duduk..sbb mmg tk pndai gune jamban cangkung..sbb takut jatuh.. haha.. mmg la euw kekadang nk2 kalau gune yg awam.. tp bawa sanitizer sentiase n tisu.. lap sblom duduk.. =)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@zaRain
takot jatuh?? cangkung tak stabil kot tu. haha

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger