Penaja

Thursday, April 28, 2011

12
Komen
Perkara yang korang boleh buat kalau exam korang habis awal...

Assalamualaikum dan salam kacak buat semua...

aku sebenarnya malas la nak update blog ni tapi tadi tiba-tiba bukak komen nampak pemilik hanspunyablog komen tanya pasal bila nak buat entri baru. ni kali kedua dia komen untuk entri yang sama. lalu aku pun dengan penuh semangat kerah idea nak cari idea baru. aku nak pastikan pasni hanspunyablog komen kat entri baru aku pulak. hehe

akhirnya berkat usaha dan titik peluh aku dapatlah aku idea dengan entri bertajuk seperti yang korang dapat tengok kat atas ni ye. almaklumlah aku baru je habis exam untuk sem ni pagi tadi. terasa beban untuk sem ni aku dah lepaskan kat paper pagi tadi. sekarang ni rasa lega sangat macam berlari takde kepala je kan sebab kepala rasa ringan. haha

ok tanpa berceloteh panjang dan mengarut dengan lebih teruk baik aku teruskan dengan entri aku malam ni ye. entri yang bertajuk perkara yang korang boleh buat kalau exam korang habis awal. habis awal kat sini bermaksud habis awal berbanding kawan-kawan yang lain ye. antara perkara yang korang boleh buat ialah:



1) Korang balik rumah bukak pintu rumah kuat-kuat sambil jerit " yeay!!! exam aku dah habis!!! (kompem member korang yang tengah study tu jeles)


2) Korang ajak kawan-kawan korang yang tengah study tu lepak-lepak dulu dengan korang. paling kurang ajak borak pun jadi la( mesti diorang malas nak layan korang)


3) Korek hidung depan kawan korang yang tengah study sambil tanya " eh kau buat apa ni?? study ek?? ada exam lagi ke??" (buat camni sambil kuis tahi hidung tu kena buku member korang. kompem lepas tu hidung korang dah takde) 


4) Korang tengok cerita kat laptop dengan sound paling kuat sambil ketawa riang akibat lawak cerita tersebut yang terlampau. kalau tak lawak pun korang gelak je kuat-kuat sampai kawan korang tak sanggup tengok korang gelak. (memang kompem panas hati kawan korang tu)



5) Korang tekan sini dan paksa kawan korang tengok sebab best sangat (yang ni penambah sebab takde idea) haha

ok cukuplah setakat ni entri aku ye. penat jugak mengarut dengan idea tiba-tiba ni. lepas ni entah bila lagi la nak update sebab nak cuti dah. dekat rumah takde perkhidmata jalur lebar susah la nak online kan. maaf kepada pembaca setia saya nanti ye. :)

*exam dah habis tak sabar nak balik rumah.
**kena stay sini lagi beberapa hari sebab ada keje sikit.

12 puji si kacak:

..sissa.. said... [Reply to comment]

kteorg belom abes exam agi..
tapi, gelak mmg dah nonstop dari semalam lagi dah..HAHA.
sampaikan lupa nk bace buku untuk exam esok..huihuihui
^__^
btw, happy holiday :)

misz myza said... [Reply to comment]

hah.. tau.. yg no 3 tu mesti adik kacak selalu buat kan kan kan??? lalallaallalala

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@..sissa..
haha. memang tahniah la kan sampai lupe nak study. jgn amalkan selalu ye. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@misz myza
akak tebang mana ade sy buat camtu la. budak yg nak exam tu yg tolong korekkan hidung sy ni. haha

hans said... [Reply to comment]

lepas baca entry ko rasa cam nak pukul je ko
hahahahaha
final exam aku habis paling akhirrrrrrrr
sobbbbbbbbbbb

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@hans
haha. rileks la hans. takkan marah kot. rilek r bro. tak lama lagi habis la exam ko tu. keh3

hans said... [Reply to comment]

yups
xsabar nak habisssssss

Adeela Oh Lala said... [Reply to comment]

haha, aku baca entry kau. gelak keras perut smpai tesembur air liur kna kwan aku. haha. :P

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@hans
tahniah hans sebab ko dah abis skrg kan. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Adeela Oh Lala
kau memang suke gelak pun. tak pelik la kalau gelak sampai tersembur kan. haha

SyedGraphiX said... [Reply to comment]

ko suka korek hidung? gagaga

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@syedz
haha. takkan aku nak kumpul tahi hidung ni banyak2 pastu main hembus2 je dgn harapan dia kluar sendiri. sbb tu la aku korek. haha

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger