Penaja

Saturday, April 02, 2011

8
Komen
adakah anda ni pengguna facebook yang tegar???

Assalamualaikum semua pembaca...

Cuaca panas hari ni. Angin pun nak tak nak je bertiup menyebabkan aku terpaksa memasang kipas pada kelajuan yang paling tinggi. Baju pun terpaksa di buka bagi menyejukkan badan ni. Cuaca macam ni buat aku jadi malas nak keluar dan memaksa aku untuk mengupdate blog yang dah sebulan aku tinggalkan ni. Alasan standard tak update blog mesti lah sebab aku sibuk kan.

Aku tak tau la ada pembaca lagi ke tak blog ni. Pengomen lagi la takde rasanya kan. Takpe la disebabkan aku dah memulakan langkah untuk berblogging takleh la aku nak berhenti macam tu je kan. Aku teruskan jugak dengan entri aku kali ni ye.

Zaman sekarang facebook dah jadi benda penting pada setiap orang. Sama penting macam nasi kot aku rasa. Kalau sehari tak dapat nasi memang tak tentu arah kan, macam tu jugak la jadi tak tentu arah kalau tak dapat main facebook dalam satu hari.



Jom kita tengok tanda-tanda pengguna facebook tegar ye. Antara tanda-tandanya ialah: 

  1. Asal dapat online je mesti bukak facebook dulu (ni memang tanda utama la).
  2. Tengah menaip assignment tiba-tiba je dalam hati korang cakap nak bukak facebook kejap la kot2 ada notification ke kan. 
  3. Kalau boleh nak makan kat depan laptop je sambil main facebook (taknak tinggal kejap tu sebab tengah best main komen)
  4. Kalau korang ada rasa apa2 je mesti nak post kat wall facebook( contoh macam lapar ke, marah ke kan)
  5. Setiap kali ada orang post ke letak gambar baru ke mesti korang nak komen. paling kurang pun like la.
Ha ni je kot aku boleh fikir. Macam mana dengan kategori korang?? Adakah anda pengguna facebook tegar?? Jangan malu2 ye nak ngaku. Ala biasa la tu kan. Aku pun lebih kurang camtu jugak. haha

*ok entri untuk bulan 4 dah buat. kena tunggu bulan 5 pulak la update balik. hehe

8 puji si kacak:

teh o ais milo said... [Reply to comment]

tau xper dude!!~~haha

_aLiaHwaFa_ said... [Reply to comment]

1 and 2 betul, 3 kadang2. 4 tu sangat tak betol. haha 5 kadang2. :D

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@teh o ais milo
haha. memang aku tau pun. kau camtu jugak kan?? kah3

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@_aLiaHwaFa_
sy semua tu tak betol kat sy. lalala~

khalifahCinta said... [Reply to comment]

so what??~haha..ayat orang yg terasa gile..

betul lah tu..tersangat2 lah betul..

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@khalifahCinta
haha. sori ye kalau terasa. saje je buat entri ni. takde niat pun nak perli sapa2. hehe

luna qiszara said... [Reply to comment]

ahaha..sy tergolong dalam golongan facebooker yg tegar..time wat assignment mmg bukak fb skali pun.. :D

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@luna qiszara
tahniah la jadi facebooker tegar ye. ni memang trend sekarang ni pun. hehe

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger