Penaja

Monday, April 18, 2011

10
Komen
5 Tips Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger.....

Entri kedua untuk bulan ni. Bulan ni macam rajin sikit sebab berjaya buat 2 entri nak banding dengan sem lepas hanya 1 entri je. Sekarang ni dah masuk minggu exam kat U aku. Macam mana dengan U korang pulak. Dah start exam ke?? Aku yakin ada yang dah start dan ada yang belum kan. Aku baru je sudah 1st paper petang tadi. Dan sekarang aku nak buat 1 entri pasal exam berdasarkan pengalaman exam aku yang tak seberapa ni ye.

Aku percaya yang korang ada macam-macam tips bila nak masuk exam ni kan. Ini pulak tips yang bagi aku memang patut buat la setiap kali nak exam kan. Jom kita usha sikit antara tips yang perlu kita buat sebelum masuk dewan peperiksaan.


1. Tidur yang cukup.
  • Pastikan korang dapat tidur yang cukup sebelum exam. Kalau korang tidur tak cukup memang confirm yang korang akan ngantok masa tengah exam. Dapat pulak subjek tu bosan dan korang tak faham sangat soalan, lepas buat 5 soalan pun korang mesti ngantok la. Bila dah ngantok tumpuan nak jawab soalan pun akan terganggu kan. Tak pasal-pasal je nanti jawapan lain korang nak buat tapi jawapan lain korang tulis. 


2. Makan awal.
  • Pastikan korang makan awal ye sebelum nak exam. Ni bagi nak elakkan korang lapar masa tengah exam. Kalau lapar masa exam memang akan ganggu fokus korang la masa nak jawab soalan tu. Baru nak bayangkan jawapan terbayang pulak macam-macam makanan kan. Silap haribulan nama masakan dengan jenis makanan korang boleh tulis dalam kertas jawapan tu.


3. Buang air besar sebelum exam.
  • Bunyi macam pengotor je kan tips yang ni tapi ni hakikat ye. Kalau korang buang siap-siap segala benda yang tak diperlukan dalam badan ni nanti takde la masalah sakit perut masa korang tengah exam nanti kan. Kalau nak pegi membuang ni bukannya boleh kejap-kejap kan. Paling kurang pun 5 minit. Dah membazir masa untuk korang jawab soalan. So, buang la siap-siap sebelum pegi exam ye. Kalau tak nak keluar korang paksa la. Pujuk baik-baik benda tu keluar, mesti dia dengar cakap la. haha


4. Korek hidung siap-siap sebelum exam.
  • Kalau ikut pengalaman aku la kan, bila buat aktiviti-aktiviti mencabar je takde pun rasa macam nak terkeluar tahi hidung ni. Tapi bila benda-benda penting macam exam ke masa tu la rasa macam nak terkeluar la kan. Nak korek mesti la malu kan. Agak-agak la korek dekat dewan peperiksaan malu la kat akak pengawas peperiksaan dengan awek-awek atau pakwe-pakwe dalam kelas. Habis la jatuh saham korang selaku laki atau perempuan hot dalam kelas.


5. Bersiap awal.
  •  Setelah keempat-empat tips yang kat atas ni korang dah buat, barulah korang teruskan dengan tips yang ni iaitu siap awal. Siapkan segala kelengkapan asas untuk korang exam macam pen, pensel, pemadam dan slip exam . Benda-benda penting macam ni kenalah siapkan awal-awal nanti takde la masalah nak pinjam pen kawan ke ape ke kan. Kan dah susahkan diri sendiri dan kawan-kawan. 


Ok cukuplah 5 tips sebelum masuk dewan peperiksaan dari aku. Tips ni mungkin ada yang nampak macam mengarot tapi ni perkara benar ye. Aku tak tipu korang sebab ni pengalaman aku sendiri. Kalau korang ada tips yang nak tambah silakan la kongsi di ruangan komen ye. Boleh la kita praktik sama-sama ye. Selamat berjaya dalam exam untuk semua. :)

*1st paper tak dapat jawab dengan jaya harap paper lepas ni dapat tebus balik.
**tak sabar nak abis exam, nak balik rumah jumpa family. hehe

10 puji si kacak:

misz myza said... [Reply to comment]

nmpk nye 5 tips ni x sempat 'akak TEBANG' nk guna... dah nak abis exm... wahhhh.. bahagianye.....

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@misz myza
haha. akak berjaya buat sy jeles. lama lagi nak abis exam. tahniah akak TEBANG!! haha

Nurulezzah said... [Reply to comment]

sy pun dah abes exam , then baru baca tips ni . hehe . telambat pulok .

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Nurulezzah
owh dah abis exam ke?? blaja kat mana ni exam abis cepat sangat. hehe

Nurulezzah said... [Reply to comment]

uia ja . kan selalu lain dari org . tunggu utk short sem pulak bulan 5 ni . huhu

Nurulezzah said... [Reply to comment]

tag kamu sudaa . kamu rajin , sila ke blog saya http://doddledoodlebubble.blogspot.com/2011/04/jom-join-give-away-aimi.html

..sissa.. said... [Reply to comment]

haha. sempoi je tips ni. :)
tp lewat sgt terbace..huu..dah lepas 3 paper...haha :)

hans said... [Reply to comment]

hahahaha
bagus lah tips ko
aku memang dah selalu amalkan dah
hahahahha

hans said... [Reply to comment]

bila nak update entry baru nih?

SyedGraphiX said... [Reply to comment]

bila ko nak update baru nih? hahh? ko da la suka korek hidung. :P

Kalaulahh aku seorang guru.. aku akannn.. haaa. cbe baca. HAHA :P http://www.syedgraphix.com/2011/05/segmen-kalaulah-aku-seorang-guru.html

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger