Penaja

Thursday, March 03, 2011

7
Komen
Pesan mak-mak bila anak duduk jauh..

Assalamualaikum semua...

Hai lama betul rasanya aku tak update blog. Pembaca setia pun asik tanya aku bila nak update blog sampai aku tak tau nak jawab macam mane. Kesian kat korang kan. Maaflah sebab agak sibuk sikit sekarang dengan training, program dan assignment yang tak nak bagi rehat kat aku ni. Hari ni dengan tekad yang membara aku nak jugak update blog.

Teruskan dengan tajuk entri aku kali ni. Dah lama dah aku nak buat pasal entri ni tapi takde masa kan. Akhirnya sekarang la masanya aku update blog ni.

Memang kompem kalau anak yang belajar jauh daripada mak bapak memang mak la yang paling risau sekali. Lebih-lebih lagi anak dia tu dah la tak penah duduk asrama perempuan pulak tu. Tido malam pun tak lena kan asik fikir ape la yg anak dia tengah buat masa tu.



Jadi banyak la pesan yang mak akan bagi kat anaknya tu. Ada 8 pesanan mak yang aku boleh senaraikan yang biasa kita dengar :
  1. Jangan lupa sembahyang tau ( yang ni memang kompem ada la terutamanya kat orang yg beragama Islam).
  2. Jangan lupa makan nanti kurus keding pulak ( aku makan je tapi kurus jugak).
  3. Jangan sibuk cari awek/pakwe je kat unibersiti tu (aku takde awek lagi kira patuh cakap mak la kan)
  4. Jangan lupa belajar ( ada jugak belajar sikit walaupun baca 1 baris je)
  5. Jangan tido lambat ( maaf mak sebab kadang-kadang tido lambat, kawan punye pasal la ni ajak borak)
  6. Kalau tak cukup duit bagitau mak ye ( yang ni jarang buat melainkan terdesak sebab malu la nak mintak macam menyusahkan je rasanya walaupun mak bapak sendiri)
  7. Jangan menyusahkan orang lain ( tak menyusahkan orang lain pun cuma mintak tolong sikit je)
  8. Jangan gaduh dengan orang lain ( belom gaduh lagi rasanya. betol kan kawan2?? )
  9. Jangan baca lagi dah.
  10. Jangan baca lagi la sebab pesanan mak ada 8 je yang aku senaraikan. Korang ni tak dengar cakap mak langsung. ish3.
Setakat ni je la entri aku untuk kali ni. Baca puas-puas ye sebab tak tau bila lagi aku nak update ni. Kalau korang ada pesanan mak yang lain tu sila la kongsi kat ruangan komen ye. :)

*minggu depan seminggu ke USM sebab ada game hoki.
**sapa2 budak usm sila belanja sy ye nanti. hehe

7 puji si kacak:

zue zuya said... [Reply to comment]

samal la kita...mkn byk2 pn tetap cekeding gak...hahahahh...;p

http://aniesandyou.blogspot.com said... [Reply to comment]

ooo igt mkn je yek?

teh o ais milo said... [Reply to comment]

bai~~aku mak aku selalu ckp..ko sembayang x kt kolej tu??(sambil usha atas bawah..ha2)

Ali ridha said... [Reply to comment]

mak aku dulu pesan macam tu..kita sebagai anak ni, ikut saja la.hehe..

juju said... [Reply to comment]

abu sengal lol

auction said... [Reply to comment]

syurga terletak dibawah kaki ibu....ha btol la tue....selalu doakn ibu@mak@mama..insyalah murah rezeki....hehehe..

hans said... [Reply to comment]

semua pesanan tu baik so ikut jer

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger