Penaja

Friday, January 28, 2011

9
Komen
suatu ketika dahulu part 1

Assalamualaikum pembaca semua...

Aku rasa cam dah berkurun jugak aku tak kemaskini blog aku ni dengan entri-entri baru. Kalau tengok statistik blog aku tak yah cakap la. Ada beberapa orang je yang datang. Memang peminat setia aku la yang selalu datang jenguk tu. Maaflah sebab sibuk sikit sekarang ni sampai nak update pun susah nak cari masa.

Baiklah aku teruskan dengan tajuk entri aku. Sekarang ni aku hanya mahu bercerita tanpa gambar yang banyak macam entri-entri sebelum ni. Sekarang ni bila dah masuk alam universiti dan sibuk dengan macam-macam benda  membuatkan aku kadang-kadang terfikir untuk kembali ke waktu dulu. Betapa seronoknya zaman kanak-kanak dulu. Hanya bermain tanpa fikirkan masa depan. Kalau cikgu tanya cita-cita apa pun main cakap je walaupun tak tau apa benda cita-cita tu.

Kalau dulu kecik-kecik masa zaman taski ABIM cita-cita aku nak jadi penerbit kat tv. Sebab apa aku nak jadi ialah kalau tengok tv aku mesti tengok nama penerbit yang last sekali. Bagi aku dia letak last sebab dia yang paling hebat sebab tu aku nak jadi penerbit. Cita-cita ni terhasil masa aku tengok tv dengan arwah nenek aku. aku memang agak manja dengan arwah nenek yang aku panggil dengan panggilan wan(memang kat negeri sembilan orang panggil nenek tu wan). Wan aku ingat pasal cita-cita aku ni walaupun masa tu aku dah masuk sekolah menengah. Malu aku bila wan cerita pasal tu sebab fikir betapa tak matangnya aku pilih penerbit jadi cita-cita. 

Masa taski ABIM aku rasa zaman aku paling menarik untuk diingati. Aku kecik-kecik dulu sangat nakal sampaikan mak aku terpaksa kunci grill rumah tu sebab tak nak bagi aku keluar. Bila dah kena kunci dalam rumah aku pasti akan menangis dan menjerit-jerit yang aku nak jadi orang dewasa yang tak dikongkong dan boleh keluar bila-bila masa. Masa tu memang aku rasakan sangat best menjadi dewasa. Tapi bila dah mula menjadi dewasa ni aku rasa dewasa ni tak sehebat mana pun sebab banyak masalah yang perlu fikir.

Dulu waktu abis je kelas di taski ABIM aku pasti akan lepak kat rumah kawan dulu sebelum pulang ke rumah. Perkara wajib lepas sekolah ialah main lumba basikal dengan kawan sekelas. Masa tu aku pakai basikal BMX kaler kuning warisan akak pertama aku kepada angah aku kemudian dijahanamkan oleh aku(laki memang ganas). 
camni la lebih kurang basikal tu.

Lumba basikal hanyalah merupakan aktiviti pembukaan aku lepas habis sekolah. Lepas tu aku akan........


*tak larat nak taip sambung nanti ye..
**esok balik rumah cuti raya cina. :)

9 puji si kacak:

Mohd Ridhuan said... [Reply to comment]

tak larat nak tulis pulak dah...
hahahhah...
kene tggu part 2 pulak ni...

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said... [Reply to comment]

tu la pasal.. kn best kalau hidup nie mude je.. hahahak! bajet skrg da tua... lalala !

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Mohd Ridhuan
hehe. tunggu je la ye. tak tau bila lagi nak update ni. huhu

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza
ha tu la. nak balik zaman sekolah. cik fiza muda lg sbb skolah lagi. :p

Afzainizam said... [Reply to comment]

┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
Wish you healthy always
┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Saya menyeru kepada semua sahabat untuk sama-sama kita berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.Semoga Allah swt melindungi mereka semua dari segala malapetaka dan bahaya
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

i'm ezza haniza said... [Reply to comment]

dulu kite kumpul duit raya sebab nak beli basikat bmx ..last2 dapat duit raya terus tukar niat ,beli barbie doll je.hahaha

urzain hussain said... [Reply to comment]

like like like..(^^)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@i'm ezza haniza
haha. mesti comel kan awak main barbie doll dulu sambil buat rambut tocang ala2 barbie doll tu. haha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@urzain hussain
like like like too. hehe

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger