Penaja

Monday, January 17, 2011

24
Komen
saya pelajar UPSI


assalamualaikum pembaca semua....

wahaha. rasa macam dah lama je tak update blog ni. kesian jugak dekat pembaca setia aku yang saban hari menunggu aku nak update blog ni. maaflah ye rakan-rakan sebab dah start semester baru jadi aku tak ada banyak masa sangat nak mengadap blog dan update. korang ada perasaan rindu kat aku tak?? ha kalau ada bagus la kan. boleh la aku jarang update lagi nak bagi korang rindu kat aku ni. haha

ok la malas nak cakap banyak. aku saje je nak join segmen sahabat blogger daripada blog pilihan Malaysia. kalau korang nak tau lebih lanjut pasal segmen ni boleh la klik sini. tiba-tiba je aku terbaca pasal ni kan tu yang nak buat ni. lagipun tengah semangat sebab baru menang contest kat blog cik ezan idma. hehe

teruskan dengan tajuk entri la ye. aku ni pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). aku mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Kejurulatihan dengan Kepujian (kalau dapat ijazah ni mesti kena puji) haha. aku masuk pada julai 2009 dulu. kira sekarang tengah sem 4 la kan. aku kalau lulus dan tak repeat paper mungkin akan habis pada julai 2013. kat UPSI ni kalau ijazah memang 4 tahun. kalau korang rasa suka belajar 4 tahun boleh la masuk sini. hehe

sepanjang jadi pelajar kat sini memang macam-macam pengalaman la aku ada. kalau balik kampung mesti ada la makcik2 yang usha2 aku untuk buat menantu( ayat perasan), kalau pegi U lain ke mesti kena panggil cikgu(bangga la kan). hehe

lepas tu dari segi suasana belajar pulak baru aku tau yang kalau cikgu2 yang kita tengok kat sekolah tu mesti ingat diorang skema je kan. tapi kalau tengok bakal2 cikgu yang ada kat UPSI ni memang otak sempoi habis je. kira cikgu kat sekolah tu berlakon garang je la kan. haha

tapi pengalaman manis takleh lupa bila aku amik subjek gimnastik sem lepas la. tak penah2 belajar gimnastik tiba-tiba kena belajar sebab tu subjek wajib fakulti kan. siap ada pertandingan lagi tu. team aku dapat no 3 daripada 9 team. kira hebat la tu kan. hehe

awek kat UPSI ni pun boleh tahan jugak ramai kan. agak best la kan kalau nak cuci-cuci mata tengok bakal2 cikgu ni. hehe. setakat pandang je la mampu sebab nak ngorat tak berani. haha(macam dah mengarut je aku ni)

ok la cukuplah setakat ni je entri aku. tapi sebelum tu aku letakkan gambar aku dengan budak kelas aku masa gimnastik dulu. layan~
sangat best masa ni. hehe

ok tamat sudah entri kali ni. jumpa lagi minggu depan ye. haha

*batuk dan selsema yg tak sudah nak makan ubat malas..
**tengah tunggu hadiah dari cik ezan ni.. hehe

24 puji si kacak:

mohammad said... [Reply to comment]

salam ziarah

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@mohammad
salam. mekasih datang ziarah ye. :)

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said... [Reply to comment]

aba selalu suruh masuk upsi.. ergh ! rase2 bosan je jadi cikgu.. nanti kene maki dgn murid...

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza
jadilah cikgu yg memahami murid takde la kena maki.. hehe

aNnE said... [Reply to comment]

cikgu sufian..haha
nak jd student ckg ni la..hahahaha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@aNnE
hehe. boleh2. tapi takot nanti terpikat dgn student sendiri pulak. haha

Azah Skaliskala said... [Reply to comment]

owh student upsi gak..kire junior sy la ni..hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Azah Skaliskala
hehe. a'ah junior akak la. akak praktikal kat mana nanti??

..sissa.. said... [Reply to comment]

wah, gimnastik.bes nyer :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@..sissa..
hehe. memang best la. boleh buat lentur2 badan. sampai sakit pinggang2 ni. haha

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

assalamualaikum cikgu!!

Admiral Hafiz said... [Reply to comment]

Singgah melawat pelajar UPSI

Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

kirani+mia said... [Reply to comment]

salam singgah..:)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@ShafiqIzwan
waalaikumussalam murid. hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Admiral Hafiz
terima kasih singgah ye. :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@kirani mia
mekasih ye sudi singgah. :)

mySheiRa said... [Reply to comment]

salam kenal dr stdent utm :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@mySheiRa
terima kasih ye. salam perkenalan. dari UTM mana ni??

Azah Skaliskala said... [Reply to comment]

praktkl kat kuantan =) all the best yea kat upsi!

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Azah Skaliskala
mekasih ye kak. gudluck utk praktikal akak ye. smoge jadi guru yg dikasihi murid2. :)

ada aku kesah said... [Reply to comment]

hye chekgu abu yang kachak :D
haha

chekgu mmg kachak luar dalam :)

ok aku mngarut :P

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@ada aku kesah
kacak dalam?? mana ko tau. haha

ada aku kesah said... [Reply to comment]

ko mmg kacak laaa :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@ada aku kesah
hehe. mekasih la ye juju. malu aku. haha

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger