Penaja

Monday, January 31, 2011

10
Komen
banjir oh banjir....

Assalamualaikum semua....

Masuk hari ni dah 2 hari dah hujan tak benti  kat tempat aku ni. Segala aktiviti luar terpaksa dibatalkan dan masa ni la aku boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dengan berborak dan kemas rumah bersama(kemas rumah tu tipu). Dalam 2 hari ni memang rasa malas betul nak mandi sebab sejuk. Tapi nak tak nak kena mandi jugak la. Paling kurang pun sehari sekali supaya badan aku sentiasa bersih. Buat apa muka kacak-kacak tapi tak mandi kan. ish ish ish jangan jadi camtu ye kawan-kawan.

Hujan yang turun dengan rakus dan benti ni dah menyebabkan kawasan aku ni banjir tapi Alhamdulillah la rumah aku selamat. Rumah aku ni kawasan tanah tinggi kot sebab tu selamat dari banjir. Tapi kawasan pekan Gemas ni banjir agak teruk la terutamanya dekat stesen KTMB Gemas. Disebabkan hal tu, segala perkhidmatan keretapi memang tergendala la. 

Menurut sumber bagitau aku yang bahagian rel keretapi tu memang dah tak nampak lagi dah. memang keretapi pun takleh nak jalan. Perkhidmatan terpaksa diberhentikan sebagai langkah keselamatan kepada semua rakyat.  Bagi yang nak balik cuti tahun baru cina tu harap bersabarlah ye. Jangan kecewa kalau tak dapat balik ni. Cuba lagi lain kali la ye.

Di sini aku sertakan beberapa gambar mengenai situasi kat stesen keretapi Gemas ni. 
 stesen KTM Gemas

 kawasan laluan keretapi

kawasan laluan keretapi

Setakat ni la update entri aku untuk kali ni. Aku berharap banjir ni akan reda dengan segera supaya masyarakat cina kat sini dapat sambut tahun baru cina seperti biasa. Aku pun dapat la lepak-lepak dengan kawan-kawan aku. Tempat aku dah banjir, tempat korang pulak macam mana???

*bertambah selsema dan batuk-batuk sekarang ni.
**tapi sedap sebab asik makan je kat umah ni. hehe

10 puji si kacak:

Azah Skaliskala said... [Reply to comment]

orang johor rupenye lelaki kacak..haha =)
sekrang musim hujan, banjir plak kat selatan...upsi tengah cuti ye skarang. cuti2 jangan main hujan :D

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Azah Skaliskala
hehe. mekasih ye nasihat kak. sy tak main hujan pun. dok kat umah je ni. dah mcm org malas dah asik baring je. haha

heytheresyaira said... [Reply to comment]

take care :)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@heytheresyaira
tq syaira. :)

Selikat Coklat Berbicara said... [Reply to comment]

Alhamdulilah kan , hujan :) haha . sejuk aja kat sini . mcm rase kat overSEA pon ada . haha . wow ! boleh buat swimmg pool rail kreta api tu . hehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Selikat Coklat Berbicara
ye betol2 sgt sejuk. taknak la berenang kat situ takot tersangkut kat rel je nanti. haha

Mohd Ridhuan said... [Reply to comment]

abg aku yg duk kat kluang...
cti dia kene beku sebab banjir...

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Mohd Ridhuan
owh yeke?? abis tu dia kena keje ke cuti ni??

mesticun said... [Reply to comment]

bila hujan lebat sangat.banjir pun datang la.

# # mark zuckerberg berjumpa kembar jesse eisenberg !# #

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply to comment]

jaga diri taw :)

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger