Penaja

Friday, December 17, 2010

26
Komen
lelaki dan memasak.....

assalamualaikum dan salam sayang semua....

ok entri hari ni macam hebat je bunyi dia untuk di buat oleh blog picisan macam aku ni..tapi aku tak kisah la kan..aku yang layak bersuara kat sini..korang boleh komen je ok..entri yang aku buat semua aku yang tentukan..hehe

merujuk kepada tajuk aku kat atas ni ye..lelaki dan masakan..kenapa aku pilih tajuk macam ni..sekarang ni zaman dah maju kan..perempuan kat luar sana kebanyakan terdiri daripada wanita yang moden kan..berkenaan dengan ini aku terpanggil la nak buat entri pasal ni..

perempuan sekarang ada mempersoalkan salahkah kalau perempuan tak pandai masak???tapi aku tak nak komen apa-apa pasal ni sebab setiap persoalan ada jawapan yang negatif mahupun positif..laki takleh menyalahkan wanita bulat-bulat kalau diorang tak pandai masak..

aku cuma nak menyeru laki-laki kat luar sana marilah kita sama-sama belajar masak ni..sebenarnya masak-memasak ni bukan untuk orang perempuan je..laki pun boleh join jugak..best apa masak ni kadang-kadang aku ada jugak tolong mak aku masak..masak-masak ni bukan bermakna korang ni laki lembut ye..kalau korang pandai masak banyak kelebihan korang tau..

sekarang ni selalu dengar apa yang laki boleh buat perempuan pun boleh buat..cuba kita para lelaki belajar kemahiran yang perempuan pandai pulak..kita boleh ubah kepada apa yang perempuan boleh buat laki pun boleh buat(kecuali beranak la)haha..

sekurang-kurangnya kalau pandai masak nanti isteri korang dalam pantang lepas bersalin korang boleh la jugak masak kan..takde la hari-hari makan kat luar je..lagipun boleh la tunjuk bakat masakan  korang tu kat isteri tu..

kalau isteri tak pandai masak pulak lagi bagus..korang boleh jadi guru masakan isteri korang..takde la nanti suami isteri tak pandai masak sama-sama makan kat luar nanti..kalau takde anak lagi boleh la tahan..kalau anak ramai pastu hari-hari nak makan luar alamatnya kejap je la korang dah boleh pokai..

sehubungan dengan itu aku menyeru la kaum-kaum adam semua kita sama-sama belajar memasak ni..jangan risau kita tetap macho walaupun belajar masak ni..aku tengah belajar jugak ni..kalau balik rumah tolong mak masak tau..jangan tak percaya pulak..tapi aku sekarang ni cuma baru pandai goreng-goreng sayur je la..lepas ni belajar pulak masak masakan yang berkuah..insyaAllah sebelum kahwin pandai kot..hehe

ok yang kat atas ni aku yang masak ok..biasa je la tapi tak kisah la janji aku pandai jugak..korang kalau tak percaya try la google tak kan jumpa la gambar ni kat google..memang ori dari aku..hehe

blogger laki luar sana yang pandai masak tu aku ucapkan tahniah la ye..nanti bila-bila masa boleh la bagi isteri rasa air tangan kita barulah hubungan tu sweet je kan..hehe

*aku nak belajar masak lauk masak lemak cili api nanti..hehe
**seronok jugak masak ni korang sila cuba ye.. :)


26 puji si kacak:

AISHA INANI said... [Reply to comment]

wahh boleh amek buat laki nihh.. HAHA!

adik aku ckp laki tak boleh masuk dapur sebab kang pompuan takder keje... sukati je kan? ciss!

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@AISHA INANI
haha..zaman sekarang takde kot istilah ni keje pempuan dan ini pulak keje laki..semua kena fleksibel..hehe

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said... [Reply to comment]

hehe ! sedap ke tu.. hahak ! tpi okey la laki pndai masak.. tpi kalau chef2 bukan bnyk laki ke ?

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza
sedap tak sedap belakang cerita janji usaha tu yg penting..hehe
chef memang banyak laki..tapi suami yg pandai masak tak ramai..huhu

nama.aku.lynn said... [Reply to comment]

bagus2..sila tmbahkan skil mmasak anda!=)
tp,d fact is,kaum laki lagi pndai msk..=)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@nama.aku.lynn
laki lagi kreatif dlm masakan kot..sebab perempuan cukuplah sekadar masak..kalau laki nak nampak perfect siap hiasan bagai..hehe

Ohujan Tasneem said... [Reply to comment]

tengsh masak ni... pasal lapar lah

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Ohujan Tasneem
ha bagus2..nak sikit..hehehe

zikeryhassan said... [Reply to comment]

orang lelaki memang terer masak. ahaha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@zikeryhassan
ye betol2..bangga jadi lelaki..hehe

luna Q jimat said... [Reply to comment]

hehe..lelaki skang mmg da pandai masak, x cam dulu lg..stuju dgn n3 ni, lelaki kenala pandai masak, nnti bile isteri dalam pantang, sape nk tlg kan.. :D

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@luna Q jimat
memang niat nak tolong isteri nanti..nak jadi suami mithali..hehe

alinac lover said... [Reply to comment]

mangkuk tu sama ngn kat umah yong

hehehe

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@alinac lover
mangkuk free je ni yong sebab tu la sama..hehe

cik.shabah said... [Reply to comment]

bagus dear!da bole kawin ngn cik shabah ujung taun ni oke?kui3 ;p

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@cik.shabah
haha..boleh2..kawen lari ke??hak3 :P

.shazanat. said... [Reply to comment]

cam xsedap jerr...heeeeee

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@.shazanat.
sedap la..tak rasa lagi mana tau..haha

heytheresyaira said... [Reply to comment]

piwitt. kau dah pandai masak la. takpe la. slow2. lama-lama nanti pandai la masak. hee. aku pun boleh ajarkan XD

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@heytheresyaira
ha belajar2 la ni wei..kalau cuti je mesti belajar dgn mak aku..hehe

Selikat Coklat Berbicara said... [Reply to comment]

ala ala ala , kenape sweet sgt entry yang ni ?? HAHA .

betul betul , abah saya pandai masak , kalau tengok mama and abah kat dapur , comel aje .. hehe

nampak sedap .... wooo !! ;)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Selikat Coklat Berbicara
haha..sweet ke??main buat je..hehe

Selikat Coklat Berbicara said... [Reply to comment]

HAHA ! sweet ,,, ala , yang manis2 tu .. entry ni menarik perhatian sya untuk baca ...:)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Selikat Coklat Berbicara
hehe..baca la selalu kalau camtu ye..hehe

dAk_kEcik said... [Reply to comment]

nk cari lelaki yg pndai memasak, lps ni xyah masak dh...keh3..;p

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@dAk_kEcik
hehe..pemalas betol..kena masak jugak..laki tu sekadar pembantu chef je..hehe

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger