Penaja

Sunday, December 26, 2010

14
Komen
kenapa Indonesia kalah dengan Malaysia malam ni???

assalamualaikum dan salam sayang semua....

lama dah aku tak buat entri kan..rindu dengan aku tak??haha...sejak akhir-akhir ni agak busy dengan kem dan kurang sihat la..tu yang tak dapat nak meluangkan masa untuk buat entri baru..mana-mana pembaca setia aku mesti kecewa bukak blog aku sebab takde entri baru kan..hehe

ok malam ni aku nak buat sedikit entri berkaitan dengan Final Piala AFF Suzuki bagi pusingan pertama yang berlangsung di Bukit Jalil malam ni..aku nak buat entri berkaitan dengan kekalahan Indonesia terhadap Malaysia malam ni..sebab apakah yang membuatkan mereka kalah..

sebab yang aku buat ni berdasarkan pemerhatian aku sendiri takde kena mengena langsung dengan ulasan yang di buat oleh Datuk Hasbullah Awang kat TV tadi ye..haha..antara sebab kekalahan indonesia adalah:

1) Ini merupakan perlawanan pertama Indonesia di luar Indonesia sepanjang AFF kali ni berlangsung..kalau korang perasan semua game Indonesia sebelum ni dilangsungkan di Indonesia melainkan perlawanan malam ni..faktor ni mungkin menyebabkan pemain Indonesia gugup akibat suasana ni berbeza daripada biasa..

2)Kekentalan barisan pertahanan Malaysia yang mengawal penyerang Indonesia..malam ni barisan pertahanan Malaysia lebih kental daripada biasa apabila diorang dapat menangkis setiap serangan Indonesia..si hidung tajam Gonzalez pun takleh buat apa tadi..habis-habis pun setakat lari bagi nampak peluh sikit kat atas padang tu..hek3
ha ni Muslim pertahanan Malaysia..jaga Rooney pun senang je apatah lagi penyerang Indonesia tadi..hehe

3)Penyerang Malaysia yang berbisa..kalau korang dapat tengok la kan..malam ni penyerang Malaysia lebih berbisa daripada biasa la kan..aku rasa malam ni Malaysia lebih banyak menyerang berbanding game-game yang sebelum ni..lebih-lebih lagi Shahrul Idlan Talahan yang banyak mengumpan bola untuk pemain lain..Safee Sali pun malam ni memang menyerlah..gol tanduk tadi memang mantap abis beb..haha
gandingan mantap malam ni dua penyerang ni..

4)Penjaga gol yang cekap..sapa lagi yang tak kenal dengan Khairul Fahmi Che Mat @ Apek ni..penjaga gol muda berusia 21 tahun ni memang takleh nafikan la kehebatan beliau..memang idola aku betul la..setakat ni baru je bolos sekali..memang hebat la kan..1 pencapaian yang baik untuk kali pertama sebagai penjaga gol untuk kejohanan AFF ni..
arahan yang jelas disampaikan oleh beliau menghasilkan komunikasi yang baik antara pemain..

5)Penyokong yang tak berhenti menyokong..sokongan padu penyokong pun bagi kelebihan kepada Malaysia untuk melakarkan kemenangan malam ni..cuba tengok sikit muka penyokong ni..hehe
ok ni muka penyokong Malaysia sambil memakai jersi yang baru beli dengan muka angkuh penuh keyakinan..haha

ok setakat ni je la entri aku kali ni..bangga pulak sebab Malaysia tengah selesa sekarang ni dengan bekalan 3 gol..harap diorang tak over confident nanti dan teruskan kecemerlangan..Malaysia boleh!!!

*batuk-batuk masa taip entri ni..
**lepas jam 12 malam ni maka aku dah masuk 21 tahun..hehe
***harap-harap kejap lagi takde yang buat apa2 kat aku untuk besday ni sebab aku dah hide besday kat fb..haha


14 puji si kacak:

Semarak Api said... [Reply to comment]

haha..naek bulu roma bc ulasan awk nih.stju ngn sume point2 tuh..alhamdulillah.insyaAllah moga2 xde bolos gol kite di tmpt lawan nti..

aNnE said... [Reply to comment]

ah betol3..puji malaysia lagiiiiii..hahahaha

p/s:happy best day 27/12 kan..haha:)

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Semarak Api
haha..sampai naik bulu roma ye..entri seram ke apa ni??hik3

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@aNnE
cik anne mestila puji Malaysia kan sebab kita kan rakyat Malaysia..anyway thanx wish ye..hehe

maCy said... [Reply to comment]

i love msia. i love muslim. hik3

Selikat Coklat Berbicara said... [Reply to comment]

yeahh ! LIKE APEK ! yehhaa , fahmie osaki ! ahah ,fahmie face mcm jepun . yehh ! shahrul shah maen dgn begitu brsmgt ! tersenyumm bini dye kat rumah , hehhe !

safee mantap beb ! yeahh ! GO MALAYSIA GO !! *mood bola* haha XD

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@maCy
penyokong Malaysia love tak??haha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Selikat Coklat Berbicara
haha..pempuan yg bersemangat dgn bola..bagus2..hehe

heytheresyaira said... [Reply to comment]

bab penyokong tu aku nak gelak 2 minit jap. hahaha. :p

p/s: wei, macam byk sgt widget blog kau nie. huhu. make it simple lagi ok kot. nie pendapat aku je. heee :D

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@heytheresyaira
haha..kacak kot penyokong dia..wei aku x taw nak buang camne..lupa dah..huhu

heytheresyaira said... [Reply to comment]

kacak habis dowh. haha. :p

boleh pulak lupa.

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@heytheresyaira
sejak tua ni senang lupa la..haha

Selikat Coklat Berbicara said... [Reply to comment]

eh mesti la ! MAJU SUKAN UNTUK NEGARA . haha XD

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Selikat Coklat Berbicara
boleh la ganti rajagopal pasni..haha

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger