Penaja

Tuesday, December 28, 2010

16
Komen
birthday tu sangat best!!! Part 2

assalamualaikum dan salam sayang kepada pembaca semua...

aissshh awat aku buat pasal birthday ni sampai part 2 pulak kan..ha macam aku bagitau dalam entri ni bahawa selagi hari tu masih birthday korang maka korang mestilah berhati-hati..petang semalam aku dah kena simbah dengan minyak+tepung yang diadun..

aku ingat benda ni dah setel la kan..tapi rupanya tu baru permulaan kepada satu perkara yang lebih dasyat lagi..malam tadi aku kena lagi..modus operandi macam biasa la kan..kena basuh semua pinggan yang diorang makan..aku dengan hati yang terbuka dan tak fikir apa-apa angkat la semua pinggan tu dan bawak ke tempat basuhan..masa nak basuh tu ada macam syak jugak la kan..tapi pastu fikir yang petang tadi aku dah kena takkan la malam nak kena lagi..diorang mesti kesian tengok wajah kacak aku yang innocent ni..tapi jangkaan aku meleset..tak sempat aku nak mencangkungkan diri terus sampai air dengan tepung kat aku...

tepung dengan air baru fasa 1..lepas tu aku dapat pulak telur atas kepala..akhir sekali kuah sup nasi ayam yang kitorang makan petang tu kena simbah dari rambut ke seluruh badan...memang seronok diorang semalam sebab dapat kenakan aku..takpe la kan kawan-kawan punya pasal aku tak kisah la janji diorang seronok..tu la sapa suruh aku selalu kenakan orang bila dah kena kat diri sendiri baru tau rasa macam mana..huhu

dah la aku malas nak cakap banyak..korang layan je la gambar dan video yang ada..gambar semua aku curik amik dari facebook hidayah dengan akhma..

resit kek..secret recipe ye dik non..hehe
ni kek aku..encik boboy ni nama FB aku tau bukannya aku ni ahli kumpulan boboy yg dok sebelah naqiu tu..hek3
sesi photoshoot dekat bank islam..bahagianya muka diorang..haha
berpeluk mesra dengan si penyimbah encik kaka..hehe
muka-muka aku lepas kena simbah dari sudut yang berbeza...sangat kacak..haha
kena buli basuh semua pinggan..banyak lagi sebenarnya tapi masa ni diorang tengah makan tu yang nampak sikit..huhu
sila sengetkan kepala anda bila tengok video ni..video ni dirakam sebelum aku kena simbah..masa tengah sedap-sedap makan nugget,french fries dan bebola-bebola apa ntah..harap maaf jika video ni sedikit gedik..haha

ok,sekian sahaja entri aku untuk sekarang ni..ingat ye hati-hati semasa birthday anda lebih-lebih lagi kalau anda ni suka cakap banyak..haha..sporting ye bila birthday korang baru la best bila nak kenakan..terima kasih untuk kawan-kawan yang sambut birthday aku semalam..kredit untuk kaka, fendi, harun, firdaus, wanie, dayah, kak ti, zuria, ain, syida, falissa dan anif..

*yess aku dah matang sekarang...
**hari ni menjalani kehidupan seperti biasa..
***misi hari ni basuh baju dan hilangkan bau sup pada rambut..


16 puji si kacak:

heytheresyaira said... [Reply to comment]

POTONG RAMBUT.

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@heytheresyaira
tunggu nak masuk sem nanti la..haha

cik.shabah said... [Reply to comment]

hepi belated bufday yah ;p

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@cik.shabah
tq ye cik syabah.. :)

Ai Yu said... [Reply to comment]

perhh best nyer.....yg x best kena cuci pinggan jer....heheh

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Ai Yu
haha..cuci pinggan sangat memeritkan..

maCy said... [Reply to comment]

tringat smm xdpt scret recipe :(

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@maCy
hehe..jgn jeles ye sbb sy dapat secret recipe.. ;)

Fyzal said... [Reply to comment]

bila tiba birthday = jadi mangsa kawan-kawan.. hahaha. itu standard :)

bro.. jemput join kontes kenangan kat entri ni.. http://fyzals-territory.blogspot.com/2010/12/yang-termanis-dan-terpahit.html

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Fyzal
ye betol tu..tapi ni aku punya 1st time sbb sebelum ni semuanya aku terlepas..hehe

aNnE said... [Reply to comment]

tak ada yang lagi teruk dari ni ke?hahahaha;p

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@aNnE
ha tu la pasal..sikit sangat ni kan??hek3 :p

aNnE said... [Reply to comment]

tunggu next year..u betta watch out..keh keh;p

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@aNnE
sy memang tak sabar nak tunggu next year ni..haha

Nurfarhana Nabila said... [Reply to comment]

hahaha... anyway,epi belated bzday!..^_^

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@Nurfarhana Nabila
hehe..tq ye..dah tua sy sekarang..haha

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger