Penaja

Wednesday, December 29, 2010

6
Komen
alahai sejuknya ketiak aku!!!

assalamualaikum dan salam sayang semua...

aku dah 21 tahun 1 hari dah sekarang..rasa makin kacak dan matang la pulak sekarang ni(perasan gila)haha..ok malas nak mengarot sangat..sangat bosan hari ni..dalam saat-saat aku bosan hari ni ada jugak benda yang agak sengal terjadi..akibat perkara ni la terjadinya tajuk untuk entri kali ni...

apa punya panjang la pendahuluan kan..aku ni tak reti nak straight to the point ke??(berbisik kecik cik salmah yang tengah baca entri ni)...ok la aku teruskan dengan cerita aku..pagi ni aku mandi sedikit awal la sebab nak hantar kawan aku pegi stesen bas sebab dia nak balik..

dia pun kejut la aku mintak hantarkan dia..dengan keadaan yang agak mamai tapi masih kacak aku pun pegi la masuk tandas untuk mensucikan diri yang sememangnya suci ni..hehe..lepas-lepas mandi aku pun macam biasa la sebelum pakai baju mesti la pakai deodorant dulu agar ketiak aku harum dan tidak berpeluh apabila mendekati para gadis..haha

aku pun letak la deodorant kat ketiak sebelah kanan tanpa melihat deodorant tu sambil merenung ke luar jendela..tapi aku pelik la ape hal pulak kesat je deodorant aku ni..dah nak habis ke apa..lalu aku pun menjeling sikit kat deodorant aku tu..dengan terkejut biawak aku tengok rupanya aku amik yoko yoko untuk letak kat ketiak tu..

adoyai memang sejuk ketiak aku rasa..betapa nyamannya pagi tadi..nasib baik aku baru letak sebelah..kalau aku letak dua-dua belah penatla aku kepit ketiak aku ni nak bagi haba sikit..korang kalau tak penah cuba nanti cuba la ye..agak best jugak kalau ketiak sejuk ni..takde la teruk sangat rasa dia..rasa macam nak pakai yoko yoko terus buat deodorant pulak..haha

ni gambar encik yoko yoko bersama deodorant..mereka memang dok sebelah..sebab tu aku tersilap amik tadi..huhu

sekian sahaja entri mengarot aku untuk malam ni..hati-hati ketika menyapu ketiak anda..perhatikan apa yang korang amik sebelum membuat sapuan ye..

*sunyi je hari ni..
**rindukan hari semalam masa diorang sambut birthday aku tu..huhu


6 puji si kacak:

aNnE said... [Reply to comment]

tajuk tak boleh blahhhh..hahahaha

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@aNnE
haha..dah x tau nak letak tajuk apa dah..tu yang letak tajuk ni..hehe

heytheresyaira said... [Reply to comment]

HAHAHAHAHA. jap2..nak gelak lagi. HAHAHAHA. sumpah sengal. HAHAHAHA

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@heytheresyaira
haha..takkan gelak je..try la jugak..keh3

maCy said... [Reply to comment]

hahaha. yoko2 dah kuakan deodorant ea? kikh3

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

@maCy
a'ah dah ada produk baru la..cik macy tak tau ke??ish3 ruginya tak cuba..hek3

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger