Penaja

Monday, November 22, 2010

4
Komen
persatuan family aku~~

salam buat warga pembaca...

aku sangat pasti dan yakin setiap orang ada organisasi keluarga masing2.. aku sendiri pun mempunyai persatuan family.. untuk entri kali ni aku nak memperkenalkan ahli2 yang terdapat dalam persatuan family aku ni..

ok yang pertama ni ialah presiden persatuan kami iaitu Encik Zainal Abidin.. kalau kat rumah kami memanggil beliau dengan panggilan papa ayah.. beliau ayah yang sangat cool ye..hehe

ok yang seterusnya ialah naib presiden persatuan kami iaitu Puan Fatimah.. panggilan manja kat rumah ialah mak.. kalau nak glamer sikit emak..keh3.. beliau merupakan nadi utama dalam rumah selaku penggerak anak2 yang susah bangun(merujuk kepada tuan punya blog)haha.. beliau mak yang sangat sporting..=)

ok gamba yang macam ayu je ni setiausaha persatuan kami.. kat rumah kami panggil beliau akak.. beliau sangat tak suka dipanggil kak long walaupun anak sulung(pelik sungguh beliau ni)kui3... beliau bertanggungjawab dalam membuat surat jemputan kepada adik-beradik yang lain supaya pulang ke rumah kalau cuti.. beliau seorang akak yang sangat baik sebab selalu belanja aku...haha tak lama lagi nak kahwin kot sebab asyik cerita pasal kahwin je.. alhamdulillah dapat abang..haha(mati aku kalau akak aku baca ni)huhu..

ok seterusnya yang cun meletup ni bendahari persatuan kami.. lebih dikenali sebagai angah.. kalau sedara pulak panggil siti ala2 siti nurhaliza gitu..hak3.. beliau sangat pemurah sebab tu jadi bendahari..hehe.. beliau masih single tau(saje je promosi)keh3..

ok yang hensem bak pahlawan melayu terakhir ni merupakan ketua AJK dalam persatuan ni.. beliau digelar pian ataupun abang dalam keluarga.. merupakan pemilik blog ni.. memikul tugas yang sangat besar dalam family sebagai penghabis makanan yang mak masak sebab yang lain makan tak banyak.. masih belajar dan single.. kalau duduk rumah tiba2 henset berbunyi merupakan satu surprise buat diri aku..hek3

ok yang last sekali yang macam hensem je ni ahli biasa dalam persatuan kami.. nama panggilan beliau ialah adik.. beliau berperanan dalam mengambil air untuk abang kalau abang haus.. kelebihan beliau ialah lebih tinggi dari aku.. juga masih single tapi jangan mengorat sebab beliau masih bersekolah..keh3

ok sekian sahaja entri untuk kali ni..selamat berkenalan dengan ahli persatuan kami..

*mempersiapkan diri takut kene belasah dengan adik-beradik pasni..
**harap2 diorang tak marah la kan..hehe

4 puji si kacak:

heytheresyaira said... [Reply to comment]

"beliau berperanan dalam mengambil air untuk abang kalau abang haus"

pemalas! hahaha. :p

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

bukan malas tapi dah memang tugas die kan.. terpaksa la suruh..haha

teh o ais milo said... [Reply to comment]

mmg pemalas la sheaLLL..hak3~~sebak aku membace.. adk ko mesti lbh disayangi ibu~~hahahahaah

muhamadsufian89 said... [Reply to comment]

teh o ais milo: ibu aku adil lagi saksama..beliau tak membezakan kasih sayang terhadap anak2 tau..semua disayangi sama rata..hehe

Penaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal.com

 

Blog Si Kacak Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger